Sumber dari : www.fitsugar.com (Definition Drafting )
Dalam post sebelum ni aku ada sebutkan strategi yang aku bagi nama Tarik dan Drafting. Tu aku suka-suka hati bagi nama. Sebenarnya strategi ini hanya diberi nama Drafting . Aku cuba memahami beberapa artikel yang ditulis berkaitan dengan strategi Drafting ini dan akan cuba bagi RCCrian yang lain faham. Bahkan kita akan cuba aplikasaikan strategi ini sewaktu RCCrian membuat kayuhan jarak jauh. Tapi oleh kerana RCCrian merupakan campuran riderz Roadies dan MTBrian jadi kita kena olah banyak sikit strategi Drafting ni.
Penerangan dan tulisan di bawah adalah dari http://www.wikihow.com/Draft-on-a-Bike.
Maksud bagi Drafting adalah bagaiman seseorang atau lebih berada dihadapan untuk mebuat rintangan angin kepada rakan-rakan di belakang dan proses ini dilakukan secara bergilir-gilir. Strategi ini dapat membantu riderz2 menjimatkan tenaga sehingga 40%.
Bagaimana hendak laksanakan strategi Drafting ?
1) Pekara paling asas dan paling penting adalah memahami Aerodynamics
2) Susun kedudukan riderz dan tentukan siapa perlu mulakan dahulu dan bagi arahan jarak/kelajuan dan masa untuk seseorang itu memimpin dihadapan.
3) Orang kedua atau yang berada di belakang Leader perlulah berada betul betul lurus dibelakang. Manakala jarak tayar hadapan riderz kedua dan tayar belakang Leader adalah 2-3 kaki sahaja. Ini membolehkan riderz dibelakang untuk bertindak jika leader membuat brake mengejut ataupun mengelak lubang.Namun begitu kedudukan riderz di belakang juga perlu bergantung kepada arah angin.
4) Switch. (Bertukar-tukar / bergilir-bergilir) . Apabila leader menyedari tenaganya berkurangan, dia perlulah begerak ke kiri atau ke kanan untuk memberi laluan kepada orang dibelakangnya untuk memimpin kayuhan. Manakala leader asal yang keletihan tenaga tadi perlu berada kembali di belakang riderz terakhir bagi mengumpul tenaga.
Itulah proses dan teknik asas dalam menajayakan strategi Drafting ini.Sememangnya teknik ini adalah diamalkan di dalam mana-mana perlumbaan basikal lebuhraya.
Bagaimana RCCrian sudah faham strategi Drafting ni? Ok sekarang aku nak olah strategi ni untuk diaplikasikan di dalam kayuhan kita. Bagaimana kita nak buat? Hmmm satu persoalan yang baik. Biasanya untuk kayuhan jarak jauh atau hujung minggu, roadbikes dan mtb akan join sekali. Level tenaga masing-masing juga berbeza, yang menyebabkan berlaku kelewatan didestinasi.
Jadi aku cadangkan macam ni, RCCrian Roadbikes yang regular lagi bertenga sahaja akan menjadi PULLER/PENARIK. Ini bermakna kita akan susun kedudukan. Buat masa ni kita biarkan Imran MBB, Saufi, TK Rompin, Mizi dan Tuan Wadi untuk bergilir-gilir menjadi PULLER. Rakan-rakan yang lain perlulah berkerjasama untuk sentiasa berada dibelakang PULLER-PULLER ini. Kerjasama adalah sangat penting dalam strategi ini. Kalau boleh jangan ada sifat putus asa. Kita agak bertuah kerana di Rompin kita kekurangan Lampu isyarat, maka isu Putus Barisan tidak patut terjadi jika semua memberi komitmen.
Manakala aku nak tetapkan terus arahan standard kepada PULLER-PULLER yang telah ditentukan ini, mereka perlu menarik atau berada dihadapan sekurang-kurang dalam kiraan 7 tiang elektrik TNB sehingga 10 tiang elektrik TNB. Kemudia mereka perlu berada di posisi terakhir PULLER. Rakan-rakan yang drafting dibelakang perlu memberi laluan kepada PULLER tersebut untuk berada dihadapan korang. Sekarang kita dah ada 5 orang PULLER, ini bermakna seorang itu boleh berehat dalam 28-40 tiang api dalam pace yang tinggi!! Jadi tidak mustahil untuk kita membuat kayuhan melebihi jarak 100 km. Untuk kelajuan kayuhan, jangan bimbang, kita akan tentukan mengikut keadaan angin dan juga riderz-riderz yang akan terlibat sewaktu kayuhan itu nanti.
Macam mana kawan-kawan? Practice make Perfect. Aku harap Kayuhan ke Mersing ni dapatlah kita untuk belajar strategi ni. Strategi ini bakal mengajar kita tentang setiakawan dan bekerjasama. Itulah pesanan Tuan Presiden kepada saya baru baru ini. Hidup Tuan Presiden!!
Next time kita share maklumat Breakaway dan Attack pulak.
Sumber maklumat : Wikihow to do anything : How to draft on a bike
Popsugar : Definition Drafting
TK Rompin
No comments:
Post a Comment