Monday 4 February 2013

Kuala Rompin - Nenasi - Kuala Rompin.. Part 1

                                    Dari kiri gambar TK, Imran MBB, Sopi, Asri, Pa'e, Azri Otai
                                                                      dan Ghani Wadi.


Destinasi          : Kuala Rompin - Nenasi - Kuala Rompin
Tarikh               : 2 Febuari 2012
Jarak Kayuhan  :  90.4 km
Waktu Bertolak :  9.00 pagi
Waktu Tamat   :   2.30 petang
Top Speed        :  47 km/perhour 
Average Speed  : 29.0 km/perhour
Jumlah Hentian   : 5 kali
Sebab Hentian   : Makan... Minum... Keletihan... Makan Kenduri
Jenis Basikal      : 6 Roadbike
Marshal             : Lead Marshall - Haidir
                          Sweaper Marshall - Pa'e

Akhirnya racangan yang dibuat sekian lama menjadi kenyataan. Kayuhan kali ini disertai oleh 6 orang pengayuh dan diiringi 2 orang marshall yang diketuai oleh Muhaiddir sebagai Lead Marshall dan juga Pa'e sebagai Sweaper. Ternyata fungsi marshal kali ini menjadi nadi kejayaan kepada kayuhan kami. Haidir telah mengekalkan pace kayuhan kami sekita 30-32 km/hour (pada perjalanan pulang).

Biar aku cerita kenapa kayuhan kali ini mengambil masa yang lama. Kami sepatutnya berkumpul di Simpang Sungai Puteri pada jam 8.30 pagi dan sepatutnya kayuhan kali ini ditemani oleh satu lagi team yang berhampiran. Tapi di atas sebab-sebab tertentu, team tersebut tidak dapat menyertai RCC untuk ke Nenasi pada kali ini. Tidak mengapa, kita adjust lain kali pula. Biasalah hari Sabtu adalah peluang kepada penjawat-penjawat awam untuk berehat lebih masa sikit.. hehehehe.. Kami memulakan kayuahan dari Simpang Sungai Puteri pada jam 9.00 pagi.

Untuk 15 km pertama aku berjaya lead rakan-rakan degan kelajuan 30-32 km/hour, kemudian konsentrasi dan rentak kayuhanku terganggu kerana ada RCCrian menjerit... "Woit Jatuh!!!!!!" aku berpaling ke belakang, hanya 2 orang sahaja mengekori ku, kemudian 200 meter di belakang adalah Abang Imran MBB berhenti, betul-betul di penghujung jambatan. Ketika itu perasaan aku amatlah takut, kerana terfikirkan ada RCCrian yang terjatuh. Ketika ini kelibat Tuan Wadi dan Soffi tidak kelihatan. Aku berpatah balik dan menuju ke arah Imran MBB yang sedang berhenti itu, dan tidak semena-mena kelibat Tuan Wadi dan Soffi pun kelihatan, dan Imran MMB menujukkan isyarat teruskan perjalanan. Perasaan aku kembali lega. Rupa-rupanya Galaxy Imran MBB terjatuh kerana permukaan jambatan yang teruk.

Aku cuba ambil alih kayuhan ini kembali dan cuba mengekalkan rentak kayuhan pada sekitar 30-33 km/hour. Namun aku dapat rasakan seperti ada gap yang besar antara kayuhan rakan-rakan yang lain. Jadi aku minta soffi untuk gantikan aku untuk mendahului kayuhan ini. lebih kurang 10-15 minit kayuhan marshall utama kami pun sampai dengan Motor Yamaha Lagendanya. Pada asalnya beliau ingin menggunakan support car, tetapi setelah difikirkan balik, ianya seakan tidak sesuai kerana peserta kayuhan di bawah 10 orang. Dapat aku lihat di dalam raga beliau ada kamera, 100plus dan juga cawan. Manakala dalam raga motor Pa'e pula ada pisang raja, air mineral dan juga tiub spare. Memang bagusla dua orang marshall ini. Ketika inilah fungsi marshall dibahagikan kepada dua. Haidir bertindak sebagai lead manakala Pa'e bertindak sebagai pemberi amaran terhadap kenderaan  dari arah belakang. Walaupun Haidir menjadi lead ketika perjalanan menuju ke Nenasi, kejadian curi-mencuri angin marshal tidak berlaku ( Drifting).

Ketika ini Imran MBB bertugas sebagi penarik untuk kami, tapi seakan tiada kerjasama di awalnya, kerana 3 orang ini, Imran MBB, Sofii dan Azri Otai, berada dalam satu kelompok dan hanya ditarik oleh Imran dalam tempoh yang agak lama. Manakala aku pulan cuba menarik Tuan Wadi dan Asri untuk masuk ke kelompok hadapan. Ada suatu ketika, jarak kami hanyalah selang 3 buah basikal sahaja, tapi tidak berjaya menangkap kelompok yang diketuai oleh Imran MBB ketika ini. Dalam kotak pemikiran ku ketika ini, mungkin rakan-rakan ku dibelakang sudah kepenatan. Sebenarnya kami tidak pernah membuat kayuhan melebihi 40 km tanpa henti, jadi bagi memberi semangat kepada Tuan Wadi dan Asri, aku biarkan kelompok hadapan terus mara dengan kayuhan mereka. Menurut Soffi, ketika itu mereka dengan kelajuan 35km/hour, patutla kami kehilangan jarak dalam masa yang singkat, kerana perubahan kelajuan itu. Bagi memastikan kami mencapai matlamat kami, aku pun sekadar memperlahankan kayuhan aku  kepada 28 km/hour sahaja. Nyata usaha aku berhasil kerana, Tuan Wadi dan Asri berjaya mengekalkan momentum tersebut. Ketika ini Tuan Wadi sudah menyuruh aku untuk attack secara berseorangan kepada kelompok hadapan. Namun aku bertegas dan berkeras, tugas aku untuk kayuhan kali ini, biar semua mendapat feel kayuhan jarak jauh ni.. Risau jugak diorang ni putus asa ke apa ke.. hehehehe.

Setelah group hadapan tidak kelihatan, pekara tidak sangka-sangka telah terjadi, Imran MBB seakan memperlahankan kayuhan dan akhirnya aku, Tuan Wadi dan Asri berjaya menangkap kayuhan Imran MBB. Rupa-rupanya mereke bertiga dihadapan tidak menukar penarik, membuatkan Imrann MBB "lost and waste of energy" kemudian ditinggalkan oleh Soffi dan Azri . Sungguh keji taktik mereka berdua. Difahamkan juga, mereka cuba memotong marshal Haidir yang tengah lead tu. Agaknya kalau aku kat depan ni, aku pun mungkin terjerumus dalam taktik keji ini, ataupun aku turut menjadi mangsa seperti Imran MBB.

Kami berempat pun membiarkan soffi dan Azri memecut ke destinasi utama kami. Setelah perjalanan menceceah 36 km, Tuan Wadi membuat signal Take 5. So kami pun bersetuju, dan sebenarnya ketika ini Asri telah ketinggalan. Aku tidak perasan sebenarnya yang kami telah meninggalkan beliau jauh di belakang, nasib baik Pa'e ada. Setelah ambil masa dalam 10 minit kami pun memulakan kayuhan dan sampai tepat pada Jam 10.30 pagi. Kami di sambut oleh Soffi dan Azri yang senyum sampai ke telinga. Manakala Haidir memberikan aku air 100 plus dan menghidangkan pisang. Terima kasih bro, Marshall Muhaidir boleh dikategorikan sebagai PEGAWAI TEKNIKAL PASUKAN untuk kayuhan kita kali ini.

Aku rasa cerita ke Nenasi ini perlu di tulis 2 bahagianlah.. Kerana terlalu panjang ceritanya. Ketika pulang lagi banyak cerita dan sejarah telah tercipta. Sebelum tu untuk post ini aku paparkan beberapa keping gambar yang diberikan oleh Marshall Muhidir untuk tatapan semua..

                                          Imran MBB dengan pace yang agak laju
Sempat lagi berposing
                                          Bergambar di Simpang Kuala Nenasi
                                          Laju lagi Boss

Bersambung.....