Tuesday, 12 March 2013

Kuantan 160 Century Ride 2013

                               Sumber : Facebook : Kuantan Century Ride 2013 - Kuantan 160

Acara yang paling ditunggu-tunggu oleh penggemar Roadies hampir tiba. Penyertaan bagi program kayuhan terbesar di Pantai Timur ini telah pun dibuka. Berikut adalah sedikit detail berkaitan program tersebut :

The Second Kuantan Century Ride 2013
7.30 pagi flag off
2 June 2013
Ahad
Sekitar Kuantan

Tahun lepas aku tidak sempat untuk menyertai KCR ni, tapi tahun ini aku ingin merasai macam mana peritnya membuat kayuhan berstatus Century Ride ni. Apakah yang dimaksudkan dengan Century Ride sebenarnya? Ramai yang menyebut tapi ramai yang tidak tahu apa maksudnya. Sebenarnya ianya merupakan kayuhan yang dibuat dalam jarak 100 miles(batu) dan apabila di"convert"kan kepada km, ianya menjadi 160.9 km. Dengan erti kata lain Century Ride bermaksud kayuhan dalam jarak 160 KM. 

Bagi Kuantan Century Ride, ianyanya bukanlah satu acara perlumbaan, ianya lebih betujuan menamatkan kayuhan tersebut dalam masa yang ditetapkan. Jadi itulah misi aku untuk penyertaan kali ini. Misi utama adalah sampai ke garisan penamat. Tapi cam tak best jer dengan meletakkan misi itu dengan sasaran yang begitu "General". Kerana aku yakin dengan kebolehanku untuk sampai ke garisan penamat. Tahun ini masa yang diberikan adalah 8 jam, harap-harap dapatlah mencapai sasaran. Sebelum aku terlupa, RCCrian yang turut menyertai KCR adalah Saufi ,  Tuan Wadi Presiden, Abang Lan Penasihat dan Cikgu Ijatt. Kemungkinan seorang lagi Abang Imran Mbb akan turut menyertai.

Dengan kehadiran nama-nama tersebut itu nanti, mungkin kita semua dapat membentuk satu strategi kerjasama untuk mencapai kejaayan di garisan penamat. Aku dan Saufi pun dah buat perancangan dan takwim latihan KCR ni. Diharapkan sewaktu latihan KCR ni, kami dapat memantakan lagi teknik tarik dan drafting (suka hati jer bagi nama strategi). Teknik tarik dan drafting akan aku postkan dalam catatan yang berlainan.

Untuk KCR kali kedua ini juga, penyertaan telah ditambah ke 1200 orang. Sudah semestinya ianya menjadi program kayuhan terbesar di Pantai Timur. Sedangkan LTDL hanya disertai 130-140 orang pelumba sahaja. Fuh tentu rambang mata aku nanti melihat basikal-basikal mahal yang akan beraksi di KCR. Beskal aku biasa-biasa jer...

Insyaallah mulai 16 Mac, kami di RCC akan mulakan latihan Century Ride. Kepada semua pengayuh-pengayuh tegar jom sertai kami. Kami sudah mempunyai susunan destinasi-destinasi yang akan dituju, cuma mungkin akan berlaku perubahan tarikh, bergantung kepada availabilty RCCrian dan juga keadaan cuaca.

Sampai sini dulu ccoretan ku kali ini. Semoga RCCrian yang bakal menyertai KCR, akan berjaya mencapai sasaran.


TK Rompin

No comments:

Post a Comment