Monday 4 March 2013

PERSATUAN BERBASIKAL DAERAH ROMPIN? "Hah RCC dalam proses diMAINSTREAMkan ke?


RCC dah jadi satu pertubuhan berdaftar ke? Ada mesyuarat agung tiap-tiap tahun ke? Kena kutip wang pendaftaran ke? Kena isi borang jadi ahli ke? Apa ni ADMIN? Aritu cakap RCC ni hanya sekumpulan rakan-rakan yang berkayuh untuk kesihatan? Jangan macam ni boss.. Cakap tidak serupa bikin ni... Itulah antara persoalan-persoalan yang kedengaran setelah satu mesyuarat telah diadakan pada  4 Mac 2013. Baiklah rakan-rakan RCC sekalian akan ku terangkan serba sedikit status sebenar RCC sekali lagi.

RCC atau Rompin Cyclist Club adalah sekumpulan rakan-rakan yang lepak di Pantai Hiburan Kuala Rompin dan membuat kayuhan di sekitar kawasan Daerah Rompin. Itulah definisi RCC, walaupun menggunakan perkataan Club, dan mempunyai blognya yang tersendiri, RCC is What RCC is!! Aku antara orang yang pioneer dalam kelab ini menegaskan dan akan mempertahankan yang kami tidak akan mendaftarkan RCC sebagai sebuah Pertubuhan yang berdaftar secara sah. Kami akan teruskan cari kami. Kami akan merangka kayuhan hujung minggu mengikut kehendak dan kederat kami. Tidak ada kertas kerta kerja diperlukan untuk setiap kayuhan hujung minggu. Tapi mungkin kita perlu modified sikit cara merangka trip kayuhan hujung minggu. Maybe lepas ni kita Tong-Tong RM 5-10 setiap rider, so boleh la kita berpicnic  makan nasi bungkus secara berjemaah selepas satu trip kayuhan amacam Ok x? Seronok aper cam tu. Tiada protokol yang perlu kita patuhi. Dengan ketiadaan formaliti sebegini akan memudahkan pegerakan kita. Trust me my friends.

Dengan erti kata lain, RCC is still RCC macam dulu. Tidak ada perubahan organisiasi dan tiada jawatan yang di strukturnya. Hanya sekadar gelaran-gelaran yang diberikan mengikut kepada keadaan semasa sahaja!

Berkaitan dengan Persatuan Berbasikal Daerah Rompin, ianya adalah usaha kita dalam mewujudkan sebuah persatuan berbasikal di daerah ini. Ini adalah insiatif daripada Encik Shaharudin bin Ramli iaitu Naib Presiden   3 Persatuan Berbasikal Pahang. Dengan wujudnya Persatuan begini maka dapatlah program-program berbasikal dianjurkan dengan betul di daerah Rompin ini. Tahniah kepada Encik Shaharudin kerana sudi menubuhkan Persatuan ini Daerah Rompin.

Jadi RCCrian sekalian, bolehlah aku katakan, kita(RCC) ni bernasib baik kerana kita boleh bernaung atau pun kita ada tempat rujukan untuk aktivti berbasikal di daerah Rompin. Insyaallah kita semua akan mendapat "benefit" dari Penubuhan Persatuan ini. Ok itu sahaja dari saya untuk kali ini.. Bye-b

Ok Guys petang ni kayuh cam biasa.. Kul 6 kumpul kat pantai! 5 Laps !!!!

No comments:

Post a Comment