Monday 4 March 2013

Mesyuarat Penubuhan Persatuan Berbasikal Daerah Rompin (PENAJA )


Pada 4 Mac 2013, RCCrian telah dijemput untuk menghadiri suatu mesyuarat berkaitan Penubuhan Persatuan Berbasikal Daerah Rompin. Boleh katakan hampir semua RCCrian dapat menghadiri mesyuarat tersebut. Agenda utama adalah Menubuhkan Sebuah Persatuan Berbasikal Daerah Rompin. Untuk pengetahuan semua, setakat ini hanya ada beberapa daerah sahaja yang mempunyai Persatuan Berbasikal Daerah di Negeri Pahang Ini.

Aku ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Shaharudin Bin Ramli (Naib Presiden3 Persatuan Berbasikal Pahang ) kerana sudi menjemput RCC ke mesyuarat tersebut.

                       Kalau aku tahu aku kena jadi Pengerusi Majlis a.k.a MC.. aku pakai Blazer dah.

Entah macam mana aku diberi mandat sekejap untuk menguruskan mesyuarat ni, konfius juga ni, tapi tidak mengapah, tak mau kasi malu RCC.. huhuhu.. Sebelum usul penubuhan Persatuan, Encik Shaharudin telah menerangkan secara ringkas objektif dan hala tuju Persatuan kelak.

                                                                  Suasana mesyuarat

Perlatikan telah dijalankan. Perlu diingat ini baru diperingkat penaja. Untuk maklum penaja bukanlah bermaksud menaja wang ringgit, tapi satu team yang mempunyai struktur organisasi khas sebelum sesuatu Mesyuarat Agung yang Pertama diwujudukan. Namun begitu Perlantikan tersebut boleh berkekalan jika terdapat pencalonan pada Mesyuarat Agong yang pertama itu nanti. Berikut adalah Jawatankuasa Persatuan Berbasikal Daerah Rompin (Penaja) :

Presiden
Tuan Wadi RCC

Naib Presiden
Yaakob Forest

Setiausaha
Shaharudin Pertanian

Bendahari
Azhar Komissar

AJK
Mizi TGCC
Imran RCC
Sofi RCC
Cikgu Ijat RCC
Haidir RCC

Senarai jawatankuasa ni memang saja aku buat dalam bentuk tidak formal. Kerana ni kan blog RCC, FORMALITY dan PROTOKOL tidak diperlukan di sini.

Aku lupa nak sebutkan, mesyuarat ini juga disertai oleh Encik Azhar. Beliau merupakan Komissar dan merupakan orang yang arif di dalam bidang teknikal. Aku sempat berborak dengan beliau. Banyak ilmu berbasikal ni dapat dikongsikan bersama. Insyaallah jika berkesempatan bertemu dengan beliau lagi, banyak lagi ilmu dan teknik Roadies yang nak aku cedok dari beliau.

Apapun aku nak ucapkan tahniah di atas perlantikan rakan-rakanku di RCC. Anda semua merupakan perintis di daerah Rompin ni. Tapi janglah lupakan kitaorang di RCC ni kelak yek. Hehehehe..

Selamat Maju Jaya Persatuan Berbasikal Dearah Rompin dari kami RCC.

No comments:

Post a Comment