Destinasi : Rompin - Mersing - Rompin
Tarikh : 16 Mac 2013
Jarak Kayuhan : 140 km
Waktu Bertolak : 8.00 pagi
Top Speed : 51 km/perhour
Average Speed : 25.0 km/perhour
Jumlah Hentian : Banyak kali
Sebab Hentian : Makan Nasi, Top Up Air, Top Up jELLY, Ambil Gambor, Mental Sebab bukit banyak sangat.
Riderz : TK Rompin dan Saufi
Marshal : Pa'e
Satu lagi rekod kelab dan rekod peribadi berjaya kami cipta di sini. Kayuhan melebihi 100 km berjaya dibuat. Pada asalnya 4 orang riderz bakal menyertai kali ini, akan tetapi kerana ada majlis kenduri dan sekolah ganti. Namun itu bukan halangan bagi Saufi dan aku untuk membuat kayuhan. Rugi bagiku jikalau kayuhan ini dibatalkan, sebab aku bukan selalu berada di Kuala Rompin pada hujung minggu. Kayuhan DUO kami diiringi oleh adik Saufi yang bertugas selaku marshall iaitu Pa'e.
Bagi mendapatkan pengalaman kayuhan, aku mencadangan laluan yang pelbagai. Ini bermakna kayuhan INTERSTATE ini mempunyai 2 kategori atau level yang berbeza. Untuk laluan Kuala Rompin - Mersing kami menggunakan jalan Pantai yang jaraknya sejauh 80km, dan sememangnya jalan ini agak landai dan hanya ada 3 bukit yang agak mencabar. Manakala selebihnya iaitu dalam 60 KM terakhir adalah kategori pendakian. Sebenarnya hanya 35 km sahaja perlu didaki.
Pada jam 7.30 pagi Saufi dan aku berkumpul di Dataran Rompin dan membincangkan strategi kayuhan untuk sampai ke destinasi. Tepat jam 8.00 pagi kami memulakan kayuhan. Walaupun hanya berdua, sistem puller and drafting dapat menjimatkan tenaga kami berdua. Kami berjaya tetapkan kayuhan sekitar 28-33 km sejam. Kami sampai ke Pantai Seri Tanjung iaitu kira-kira 80km dari Kuala Rompin pada jam 10.30 pagi. Aliran trafik jalan ini memang cukup baik. Aku difahamkan jalan ini merupakan jalan baru ke Mersing. Panorama dan suasananya sungguh segar dan amat mengasyikan. Kami sememangnya betul-betul menyusuri pantai sepanjang laluan ini.
Di dataran ROMPIN
Sampai di Pantai Seri Tanjung atau lebih tepat lagi, Kampung Makam, aku telah membuat satu kesilapan paling besar. Kami telah berhenti dan makan nasi. Niat asal nak makan makanan ringan sahaja ataupun nasi ayam sahaja. Ternyata pilihan lauk-pauk di restoren tersebut membuat nafsu makanku menjadi-jadi. Aku rasa lebih 50 lauk disediakan di restoren ini. Tidak hairanlah, seawal jamm 10.30 pagi sudah ramai pengunjung berada di restoren ini. Aku pula terjumpa lauk kegemaran zaman belajar di Pucak Perdana dahulu. Siput Sedut masak Lomak cili Api!!! Pergh!!! Lepastu ada pulak gulai Ikan Merah!! Lama juga kami melepak kat kedai ni, pemandangan pun cantik, betul-betul menghadap pantai.
Bukti kami sampai di sini
Kami memulakan kayuhan tepat jam 12 tengah-hari. Dalam perjalanan balik ini kami memulakan pendakian. Dengan badan yang berat akibat makan nasi golai lemak, campur plak dengan pedas, ianya telah memberi kesan kepada kayuhan ku. Mencecah KM ke 100, aku kira ada 7 buah bukit yang hanya ada pendakian. Selepas mendaki bukit pertama, ingatkan akan ada menuruni bukit, rupanya perlu mendaki lagi. Itulah yang mebuatkan mental ku "koyak". Aku terpaksa "take 5" walaupun baru berkayuh 20km!! Air telah habis 750 ml. Kami berhenti betul-betul berhampiran dengan Roadblock yang dibuat oleh PDRM. Sempatlah tengok orang kena saman. Kemudian kami teruskan kayuhan, dan sememangnya kayuhan seterusnya adalah mendaki dan mendaki lagi. Untuk makluman semua jalan ini merupakan kawasan hutan simpan Pergunungan Arong. Maknanya aku dan Saufi bukit mendaki bukit, tapi GUNUNG!!!! Setelah selesai mengharungi Kawasan Gunung Arong ini kami terpaksa berhenti sekali lagi di kawsan perkampungan. Aku terpaksa Top Up air sekali lagi. Kemudian kami meneruskan kayuhan ke Kuala Rompin.
Oleh kerana bekalan air mineral pun dah habis, aku berhenti sekali lagi di 7-E Tanjung Gemok. Kali ni aku terpaksa minum Gatorade untuk menmahkan tenaga padaku. Sebenarnya selepas berjaya mengharungi Kawasan Pendakian Gunung Arong aku seakan mendapat motivasi baru. Aku berjaya "maintainkan" kayuhan sekitar 30 km sejam. Kami sampai di Kuala Rompin tepat jam 2.30 petang. Bayangkan. untuk 60km terakhir, kami mengambil masa 2 jam 30 minit termasuk 3 hentian tadi. Kami perlu perbaiki kelemahan ini pada masa akan datang.
Secara kesimpulanya jika dari masa kayuhan, kami berjaya menamatkan kayuhan 140 km dalam masa 5 jam. Selepas ini, bagi betul-betul menjalani Latihan Kuantan Century Ride, tidak ada sesi makan nasi dan hentian hanya boleh dibuat sebanyak 4 kali sekadar feeding station. Bagi mengatasi masalah tersebut, aku cadangkan kita perlu bawa pisang, powerbar dan powergel. Dengan persedian yang betul aku rasa TRACK ini dapat ditamatkan di bawah 5 jam.
Aku juga tidak menyarankan MTBrian dari RCC untuk mengikut kayuhan ini. Memang terlalu ekstream. Silap-silap memang kena ada sebuah ambulance yang follow ni. Namun begitu aku.. TUAN KHAIRUL AZHAR BIN TUAN KUNING MENCABAR SEMUA RCCrian YANG LAIN UNTUK MENYERTAI DAN MENAMATKAN KAYUHAN INTERSTATE ini YANG AKAN AKU CADANGKAN PADA AKHIR MAC INI!!!! Amacam ada berani????
p/s: Sengaja mengakhiri POST kali ini dengan CABARAN.
TK Rompin
No comments:
Post a Comment