Destinasi : Rompin - Selendang
Tarikh : 1 Mac 2013
Jarak Kayuhan : 55 km
Waktu Bertolak : 9.00 pagi
Waktu Sampai : 11.00 pagi
Top Speed : 51.8 km/perhour
Average Speed : 28.0 km/perhour
Jumlah Hentian : 2 kali
Sebab Hentian : Minum Air Sambil Makan Jemput Pisang
Jenis Basikal : 9 Roadbike
2 Mountain Bike
Sekali lagi kayuhan ke Selendang telah dianjurkan. Kali ini kayuhan disertai oleh seramai 11 orang dan diiringi oleh 2 buah motosikal yang bertindak selaku marshal trip kali ini. Tahniah diucapkan kepada ahli RCC yang baru pertama kali mengikuti trip ini. Antaranya Cikgu Ijat, Cikgu Syam dan juga Kak Nor, mereka semua telah berjaya menamatkan kayuhan ini dengan jayanya. Apa yang aku banggakan kali ini adalah peningkatan prestasi kayuhan daripada rakan-rakan RCC. Antara yang menyerlah sekali adalah Tuan Wadi, seakan Bukit Selendang ini, hanya mainan baginya. Begitu juga dengan Sopi, jika sebelum ini beliau bermasalah dengan kayuhan pendakian, kali ini dapat dilihat dari segi teknik dan tempo kayuhan agak konsisten. Aku juga ingin memuji Cikgu Ijat yang kayuhannya mengingatkan aku kepada Abg Lan. Memang steady. Tak sabar aku nak tunggu Cikgu Ijat bertukar kepada Roadies.... Dengar daripada rumors.. tunggu masa jer tu..
Berkumpul di hadapan rum ah Mizi sebelum memulakan kayuhan.
Tabik Hormat
On da wei balik
Skuad Elit LTDL (Rompin)
Cikgu Ijat Meluncur Laju
"..pendakian kali ini kurang mecabar.." Dipetik dari kata-kata beliau sendiri.
Cikgu Syam.
erm... xaci cam ni...
Haidir bertindak selaku sweaper kali ini
Cam biasalah.. Minum sambil bergosip.
No comments:
Post a Comment