Sunday 25 August 2013

Kayuhan di Bulan Syawal


Destinasi          : Pontian Jaya - Leban Chondong - Pontian Jaya
Tarikh                : 25 Ogos  2013
Jarak Kayuhan   : 60 km
Waktu Bertolak :   8.00 pagi
Top Speed        :  44. km/perhour 
Average Speed  :  24.23km/perhour
Jumlah Hentian   : 3 kali 
Sebab Hentian   :  Minum Air, Amik Gambo dan Makan Nasi Dagang di kedai Pak Teh Wahid
Riderz               :  TK Rompin, Saufi, Mizi TGCC, Ijat, Haidir, Tuan Wadi, Syam dan Azri
Marshal             : Tiada

Lama betul aku tak menulis diari kayuhan ni. Ni semua gara-gara OFF-SEASON atas alasan Ramadan dan jugak banyak kerja, konon-kononya la. Tak sangka pula ajakan main-main berjaya mengumpulkan 8 orang ahli RCC untuk membuat kayuhan kali ini. Setelah lama tidak berjumpa rakan-rakan mengenakan BUSANA berbasikal masing2, ternyata ada yang perlu beli baju baru.. Hahahaha.. Ada juga yang buat taktik dengan memakai baju hujan agar, perutnya tidak menjadi perhatian orang awam. 

Kayuhan kali memang betul-betul santai, dan rata-rata Rakan-rakan RCC enjoy kayuhan kali ini. Rakan-rakan RCC berjaya kekalkan displin kayuhan yang telah tetapkan. Kalau boleh lepas ni kita displinkan lagi dari segi sistem dan taktik kayuhan kita. Insyaallah kita akan dapat "improve" prestasi kita dari segi jarak dan juga kelajuan. Satu pekara yang nak aku tegur nih... "Time Management".. Fail!! Gagal!! huh... Set berkumpul pukul 7.30 pagi... ni pukul 7.30 pagi baru nak pam tayar... ish ish ish... Destinasi seterusnya sila pastikan masalah ini di atasi yek......

Lepas ni aku rasa sebelum mulakan kayuhan jarak jauh, aku nak kita berkumpul, ada yang baca doa (biarlah kepala lutut nampak pun), buat warm um sikit dan yang penting aku nak bagi arahan dan sistem yang akan diguna pakai ketika kayuhan itu. Mematuhi sistem dan strategi akan memastikan kayuhan berjalan lancar dan seronok.

Harap lepas ni, RCC boleh kekalkan kayuhan hujung minggu secara konsisten, baru semangat aku nak menulis diari ni. Patut ada KPI kita ni, berapa jarak KM yang perlu kita buat dalam setahun. Bukan sekadar berapa banyak event yang nak masuk....

                                                      Hentian minum-minum yang pertama

                              Jauh sangat masing-masing drafting.. perlu rapat lagi, serapat yang mungkin.

                                                      Posing di hadapan Sungai Rompin



Bui..bui..

TK Rompin


Tuesday 11 June 2013

Iskandar Johor Mega Ride 2013


Iskandar Johor Mega Ride 2013 dianjurkan oleh Mercu Etika disokong bersama Jabatan Jabatan Kerajaan, badan berkanun dan swasta.

Team RondaRiadah ipd jbs telah diberi tanggungjawab melalui persefahaman antara PDRM Johor dengan pihak penganjur agar bekerjasama dan membantu menjayakan JAMBOREE berbasikal secara berprofile besar sebagaimana ketetapan berikut:

Tarikh : 6 & 7 Julai 2013
Masa : 7.00 am hingga selesai
Lokasi : Kota Iskandar Nusajaya Johor.


Kat atas ni semua aku copy dari https://www.facebook.com/events/455504224520477/

So RCCrian yang lain macam mana? ada terlintas nak join ke? Difahmkan closing date dilanjutkan sehingga 2 minggu sebelum tarikh event. Roadbike ada, MTB pun ada. Saufi amacam? Ada berani sahut cabaran ni, baru 120 km jer... hehehe.. Kalau ada RCCrian nak join, bgtaw aku yek.

TK Rompin..

Wednesday 5 June 2013

Kuantan 160 Century Ride 2013

                              Dari kiri Cikgu Ijat, Tk Rompin, Abg Lan dan Saufi. Gambar diambil dari                                          
                                                               Cycling Malaysia Magazine's

  Pada 2 Jun 2013 bersamaan hari Ahad, terciptalah satu kenangan terindah bagi riders Rompin Cyclist Club. Kami semua telah menyertai acara kayuhan berbasikal terbesar di Pantai Timur iaitu Kuantan 160 Century Ride 2013. Antara RCCrian yang menyertai kayuhan kali ini adalah Cikgu Ijat, Tk Rompin, Saufi dan Abg Lan. Ini adalah penyertaan sulung kami dalam acara century ride ini. Ternyata terpancar wajah-wajah kegugupan dari kami semua. Manakan tidak, hampir 2000 orang riders akan berentap untuk menguji ketahanan diri masing-masing. Sebelum  flag-off lagi Cikgu Ijat dah mengeluarkan statement " Roadbike bukan jiwa aku". Statement itu sudah cukup mengambarkan kegusaran beliau dalam mengharungi saingan ini.

Sememangnya 'placing' bukanlah tujuan utama kami. Maklumlah ini merupakan event roadies pertama yang kami sertai, bahkan penganjur telah pun memberitahu bahawa "this is not a race event", so faham-faham jerla. Bagaimanapun kami telah meletakkan sasaran awal iaitu, TAMATKAN KAYUHAN DALAM MASA YANG DITETAPKAN.

Bagi 20km pertama sasaran yang ditetapkan menjadi terlalu mudah untuk dicapai, bayangkan di km 85-90 aku masih berjaya mengekalkan posisi aku di dalam peloton terawal. Oleh kerana peloton ini terlalu kompetetif, water station pun diaorang tidak berhenti. Aku pula dah habis sebotol air. Nak atau tidak aku terpaksa keluar dari Peloton untuk singgah di Stesen Minyak Shell untuk refill air dan jugak... buang air kecil. Hahahaha.. Aku rasa sangat seronok bila berada dalam kumpulan besar sebegini. Macam tak percaya pulak aku mampu kekalkan kayuhan sekitar 38-42 km sejam untuk 90km pertama ini.

Nama untuk baki kayuhan seterusnya bagaikan azab bagiku, sudahlah terkeluar dari peloton depan, nak 'catch-up' group-group lain pun tak dapat dah sebab baki perjalanan yang seterusnya adalah bukit-bukit yang boleh tahan lah.. Sebelum water station ke 3 aku yakin yang aku boleh sampai ke garisan penamat sebelum 1 petang. Namun pada km 127, kaki aku telah krem untuk kali pertama, dari seberang jalan dah ternampak water station ke 4 yang menyajikan air isotonik 100 plus dan juga air batu. Ini  mungkin membantu aku untuk hilangkan krem ini, namun begitu aku perlu meneruskan kayuhan sejauh 7 km lagi untuk sampai di Water Station 4. Apabila sampai di water station tersebut sekali lagi kaki aku krem, nasib baik ada crew yang perasan, sempat pegang basikal aku, kalau tak confirm tergolek dah aku. Terima kasish aku ucapkan pada brader tu, kat sini aku rehat dalam 10 minit jugak nak hilangkan krem, siap mandi ais lagi, "dimandikan" oleh crew-crew yang cun-cun gitu.. hahahaha.. memang bestla pengalaman ni.

Lepas agak-agak rasa kaki aku dah lega dan badan dah segar, aku teruskan kayuhan, namun malang bagiku tidak sampai 5 km pun, untuk bukit pertama selepas water station tersebut aku krem sekali lagi, membuatkan aku terpaksa berhenti di tepi highway tu. Nak turun dari basikal pun dah tidak berdaya, aku bertahan di antara bukit itu untuk tempoh 2-3 minit, sehingakan ada rider dari luar negara tanya " are u ok? " aku pun dengan ego sambil menghamburkan senyuman " saya ok saya dah besar!!!" lantaklah dia bukanya faham pun hahaha... bermula dari sini aku kayuhan aku terlalu perlahan,namun begitu aku sempat menumpang team dari Fat Cycles, sempatlah kayuh 30-32 km sejam dalam keadaan kaki krem. Tapi aku rasa macam tak syok pulak kalau tumpang jer dan tidak buat kerja, so aku decide untuk keluar dari group ini dan teruskan kayuhan secara berseorangan. Akhirnya pada jam 1.20 petang aku berjaya sampai, di akhir garisan pun aku krem sekali lagi, mujurlah ada sorang riders tu dier tolong pegang basikal aku, kalau tak memang medic datang mengerumuni aku dah.

Secara ringkasnya aku berjaya menamatkan kayuhan dalam 5 jam 53 minit di tempat ke 226 bagi kategori 35tahun kebawah manakala saufi sampai 3 minit kemudian untuk berada di tempat ke 234. Cikgu ijat pula berjaya tamatkan kayuhan dalam masa 6jam 58 minit, manakala Abang Lan pula berjaya tamatkan kayuhan dalam masa 7 jam 11 minit. Untuk makluman sehari sebelum KCR, Abang Lan telah pun menyertai Jamboree Kemaman. Memang hebatlah datuk sorang ni .

Insyaallah aku akan menyertai KCR untuk tahun hadapan dan kali ini aku akan cuba untuk mengatasi rekod peribadi ku ini. Aku inginkan ucapkan syabas kepada penganjur dalam menjayakan penganjuran pada kali ini.

Berikut beberapa gambar yang diambil dari Cycling Malaysia Magazine's, XviCliX's, Velocipede Works's album
 Sheikh Ezneihan Azhar's  dan beberapa album yang telah disharekan di facebook kuantan century ride.




            Tuan Wadi turut datang memberi semangat kepada kami, beliau tidak dapat berkayuh bersama kami kerana baru sahaja pulang dari Cameron Highland.
                                                        Hari pengambilan goodies pack.
                                                      Saufi dan Cikgu Ijat di starting point
                                                              Saufi dengan jenteranya
                                         "Roadbike bukan jiwa aku..." kata-kata dari Cikgu Ijat
                                       Datuk Lan yang baru jer pulang dari Kemaman Jamboree
                                                              Thanks Cycling Magazine..
                                                       Kuat betul tenaga brader MTB ni
                                                             Steadylah Cikgu Ijat!!!
                                                                        la la la la...
                                                                Yes aku berjaya!!!!
                           Sijil dah ada, konfirm SKT tahun ni tinggi. Silap-silap dapat APC tahun ni


Tk Rompin...

Tuesday 21 May 2013

BP Cops XC Ride 2013

Gambar diambil dari Facebook Hadi Ismail

Pada 19 Mei 2013 yang jatuhnya pada hari Ahad, telah berlakunya kenangan bersejarah kepada beberapa orang RCCrian. Apa yang dimaksudkan adalah penyertaan mereka di BP Cops XC Ride 2013. Antara RCCrian yang menyertai event ini adalah Haidir, Zul, Mizi dan juga Ijat. Untuk pengetahuan semua, ini merupakan event komersial pertama yang disertai oleh Ijat. Difahamkan RCCrian yang menyertai BP Cops ini telah begerak dari Kuala Rompin dari Hari Sabtu dan menginap di Homestay area Batu Pahat. 

Bagi keputusan penyertaan, admin ingin meminta jasa baik dari RCCrian yang telah pergi ke sana untuk berkongsi cerita pekara-pekara menarik yang telah berlaku di sana. Kami di sini juga ingin berkongsi bersama-sama suka duka korang ketika event ini.

Nantikan catatan BP Cops XC Ride...

TK Rompin

Sunday 14 April 2013

2 Track in 1 Trip




Destinasi          : Kuala Rompin - Leban Chondong - Selendang - Kuala Rompin
Tarikh                : 13 April  2013
Jarak Kayuhan   :  85 km
Waktu Bertolak :   7.30 pagi
Top Speed        :   52.1 km/perhour 
Average Speed  :  21.23km/perhour
Jumlah Hentian   : 2 kali 
Sebab Hentian   :  Buang air dan Tunggu Haidir di Petronas Bandar Pontian
Riderz               :  TK Rompin, Saufi, Mizi TGCC, Ijat, Haidir dan Kak Nor 
Marshal             : Pa'e




Kayuhan kali ini agak istimewa, saufi dan aku telah merancang kayuhan separa jauh bagi memberi laluan kepada ramai RCCrian untuk join. Sejak akhir-akhir ini aku banyak melancarkan trip kayuhan jarak jauh (100km ke atas) di dapati ramai RCCrian seakan-akan takut untuk menyertainya. So bagi mengelakan terjadinya pekara sebegini, kami merancang kayuhan yang mana RCCrian boleh memilih track mana yang mereka hendak ikut. Projek pertama ini kami telah memilih laluan ke Leban Chondong dan berpatah balik menuju Selendang dan berakhir di Kuala Rompin. Jadi RCCrian boleh memilih antara ke Leban Chondong atau Selendang mahupun kedua-duanya sekali.

Kami cuba mengatasi masalah sebelum ini, dengan kehadiran seorang guru kedalam RCC, beliau berjaya mendisplinkan kami. Beliau yang dimaksudkan adalah Cikgu Ros Yang Main Bola. Beliau berjaya meyakinkan kami untuk memulakan Flagg OFF tepat jam 7.30 pagi. Antara RCCrian yang berjaya membuat kayuhan penuh adalah Saufi, Mizi, Ijat, Azri dan aku, manakala Kak Nor memilih track Leban Chondong manakala Haidir memilih Track Selendang. Sebenarnya Haidir baru abis bertugas di balai, namun dengan semagat kesukanan dan setiakawan beliau ingin turut menyertai kayuhan ini walaupun tidak secara penuh.




Sebenarnya untuk kayuhan ini, aku cuba menilai prestasi kayuhan RCCrian terutama mereka-mereka yang akan ke KCR2013. Dari pemerhatian ini Insyaallah dapatlah aku cuba merangka strategi untuk memastikan semua RCCrian dapat menamatkan KCR2013 dengan jayanya. Sebelum ini aku telah ada chemistry kayuhan dengan Saufi dan Tuan Wadi, kali ini aku cuba dapatkan keserasian bersama Ijat. Ternyata walaupun ini kali pertama kami bersama-sama membuat kayuhan jarak jauh secara bersama, beliau dapat menyesuaikan dgn strategi yang telah diatur. Insyaallah kami berempat akan cuba kemaskan kekuatan fizikal dan mental kami sebelum bulan 5 untuk membuat satu strategi yang betul-betul berkesan agar sasaran tambahan di KCR tercapai.

Berbalik kepada kayuhan ini, Tuan Wadi tidak dapat menyertai kerana sibuk dengan tugas, al-maklumlah PRU menjelang tiba, manakalan Imran MBB mempunyai urusan keluarga. Kayuhan kali ini berjalan dengan lancar, cuma kami berehat terlalu lama di Petronas dalam Bandar sebelum meneruskan kayuhan. Macam biasala bila pergi ke Selendang, seakan tidak lengkap kayuhan kami jika tidak singgah di kedai Roti Canai Simpang Sepayang. 

Untuk kayuhan kali ini juga kami telah menggunkan aplikasi STRAVA sebagai bantuan kami untuk mengukur prestasi kayuhan dan merekod segala aktivti kayuhan RCC. 

Selepas ini mungkin kita boleh membuat kayuhan jarak jauh kembali, tapi rasanya lebih baik kita tumpukan latihan HIGH PACE INTENSITY setiap petang terlebih dahulu kerana ingin memberi laluan kepada PRU. Biarlah demam PRU melanda RCC juga. Lagipun 95 percent RCCrian dah boleh mengundi. Laksanakan tanggungjawab anda sebagai Rakyat Malaysia. Pilih dengan tepat demi kekarmonian bersama.

Sampai sini coretan ku kali ini.. Bui Bui..

TK Rompin


Sunday 31 March 2013

Kayuhan Pendekar

                                       Tiada dalam gambar Mizi and Son dan jugak Imran MBB.


Destinasi          : Rompin - Mersing - Rompin
Tarikh                : 30 Mac 2013
Jarak Kayuhan   :  144.3 km
Waktu Bertolak :   9.00 pagi
Top Speed        :   61.3 km/perhour 
Average Speed  :  21.2 km/perhour
Jumlah Hentian   : Banyak kali 
Sebab Hentian   :  Makan Kepok, Top Up Air, Cramp Leg, Ambil Gambor, Tido...
Riderz               :  TK Rompin, Tuan Wadi, Saufi, Imran Mbb, Mizi TGCC dan Azri
Marshal             : Pa'e

Pada 26 Mac aku telah melaungkan cabaran untuk menakluki Gunung Arong sekali lagi. Cabaran aku kali ini disahuti oleh Saufi, Tuan Wadi, Imran MBB, Mizi dan juga Azri. Bukan calang-calang riderz yang boleh menamatkan kayuhan track ini dengan senyuman. Oleh kerana mereka-mereka yang berkayuh kali ini kebiasaanya hanya membuat kayuhan kurang 80 km. Jadi aku pun tidak meletakkan Time Limit. Sekadar memberi pendedahan kepada mereka bagaimana azabnya mendaki bukit dan mebuat kayuhan melebihi 100km.

Kayuhan sebelum ini aku dan Saufi telah berjaya menakluki Gunung Arong ini dalam masa 5 jam sahaja. Berbeza kali ini, aku teleh me"reverse"kan track asal tersebut. Konon-kononya untuk mengurangkan "Climbing Distance" namun masalah lain pula yang timbul.

Kayuhan kami bermula jam 9 pagi. Sememangnya Flag OFF kami agak lewat aritu. Kes makan lempeng di Kedai Resipi Mek Husin tu la.Lepas ni mesti makan dekat rumah dan Flag OFF mestilah seawal jam 7.30 pagi. Kayuhan 60 km pertama adalah amat menyeronokan, Bukit-bukit yang didaki tidak menjadi masalah kerana lebih kepada ROLLING. Tak sia-sia aku "reverse"kan track ini. Kami telah mebuat FEEDING STATION pertama di persimpangan Telok Gorek. 


Selepas berehat, kami meneruskan perjalanan ke Pantai Tanjung Lalang. Masa ni Mizi telah ke Mersing untuk mencari Tiub. Kami pula lepak kat kedai awek tepi pantai. Sambil-sambil makan kepok sira sambil rakan-rakan yang lain meluahkan perasaan mereka.By the way Memang best la kepok tu. Boleh beli lagi la kepok tu lepas ni. 

                                                     Mendalah tidak puas hati 2 orang ini.

Selepas berehat di kedai inilah segala-galanya berubah. Walaupun dibekalkan dengan Gatorade sponsed by Tuan Wadi, masih tidak dapat membantu mental dan fizikal riderz-riderz kali ini.

                                                             Tgh Top Up Gatorade 
Kayuhan menyusuri pantai ini sememangnya memenatkan. Kami hanya menempuhi 3 buah bukit. Tapi bahang mentari betul-betul menguji mental kami. Dapat dilihatlah gelegat riderz-riderz, ada yang tertido ketika kayuhan, ada yang melompat-lompat seperti budak hyperactive dan ada juga yang menyanyi-nyanyi untuk melayan hati yang lara. 


Masih melakar senyuman

Peloton terakhir..

Kami terpaksa berhenti betul-betul di atas sebuah bukit, disebabkan ada seorang ahli kami yang telah mengalami kekejangan. Hmm siapakah beliau???


Oleh kerana ada yang tercedera, laluan alternatif perlu dicari bagi memendekkan trak kayuhan kali ini. Kami meneruskan perjalanan dan sekali lagi kami berhenti berehat.



Di pondok inilah ada yang tidur, menangis, terberak dan terkencing menunjukkan betapa azabnya kayuhan kali ini. Ini bukan hentian kami, kerana kami berhenti sekali lagi di kedai pengerusi TGCC di Endau. Di situ sempatlah aku bersembang dan berkongsi pengalaman dengan Penegrusi TGCC iaitu Abang Zurin. Sebenarnya Abg Zurin inilah antara orang yang mula-mula mendorong aku untuk bergiat aktif dalam aktiviti berbasikal ini. Di permulaan karier aku, aku berlatih bersama-sama TGCC, banyak teknik yang aku pelajari dari diorang ni, namun makin lama aku merasakan yang aku tidak mampu untuk berada pada level STAR IN THE MAKING so aku terpaksa berlatih berseorangan sebelum berjumpa denga RCCrian yang lain. Kini aku rasa, kemampuan aku dengan TGCC boleh menyamai kot.. hehehe.. Balik semula pada catatan kita tadi. Selepas puas berehat di kedai makan Abang Zurin, kami pun terus pulang ke Kuala Rompin.

Banyak pengajaran yang boleh diambil dalam kayuhan kali ini. Sememangnya setiap pengalaman untuk mengajar kita untuk menjadi lebih baik. Diharap RCCrian yang mengikuti kayuhan ini tidak serik untuk menyahut cabaran aku mebuat kayuhan jarak jauh berskala Century Ride. Sebenarnya jikalau seseorang itu berjaya menamatkan kayuhan 160 km, ianya merupakan satu penanda aras dalam diri mereka. 2 minggu dari tarikh kayuhan ini, aku sudah merencena satu lagi kayuhan jarak jauh iaitu Kuala Rompin - Pekan -Kuala Rompin iaitu loebih kurang 170 KM. Ada sesiapa yang berani????

Satu lagi pesanan kepada RCCrian yang lain, sebelum membuat kayuhan, sila pastikan perut sudah diisi di rumah. Jangan makan nasi ataupun makan-makanan yang pedas, ini akan memberikan kesen kepada kayuhan anda. Anda semua tahu tahap kemampuan badan anda. Okla jumpa lagi di kayuhan akan datang.

Bui-bui..

TK Rompin

Sunday 17 March 2013

Kayuhan DUO INTERSTATE


Destinasi          : Rompin - Mersing - Rompin
Tarikh                : 16 Mac 2013
Jarak Kayuhan   :  140 km
Waktu Bertolak :   8.00 pagi
Top Speed        :   51 km/perhour 
Average Speed  :  25.0 km/perhour
Jumlah Hentian   : Banyak kali 
Sebab Hentian   :  Makan Nasi, Top Up Air, Top Up jELLY, Ambil Gambor, Mental Sebab bukit banyak sangat.
Riderz               :  TK Rompin dan Saufi
Marshal             : Pa'e

Satu  lagi rekod kelab dan rekod peribadi berjaya kami cipta di sini. Kayuhan melebihi 100 km berjaya dibuat. Pada asalnya 4 orang riderz bakal menyertai kali ini, akan tetapi kerana ada majlis kenduri dan sekolah ganti. Namun itu bukan halangan bagi Saufi dan aku untuk membuat kayuhan. Rugi bagiku jikalau kayuhan ini dibatalkan, sebab aku bukan selalu berada di Kuala Rompin pada hujung minggu. Kayuhan DUO kami diiringi oleh adik Saufi yang bertugas selaku marshall iaitu Pa'e.

Bagi mendapatkan pengalaman kayuhan, aku mencadangan laluan yang pelbagai. Ini bermakna kayuhan INTERSTATE ini mempunyai 2 kategori atau level yang berbeza. Untuk laluan Kuala Rompin - Mersing kami menggunakan jalan Pantai yang jaraknya sejauh 80km, dan sememangnya jalan ini agak landai dan hanya ada 3 bukit yang agak mencabar. Manakala selebihnya iaitu dalam 60 KM terakhir adalah kategori pendakian. Sebenarnya hanya 35 km sahaja perlu didaki.

Pada jam 7.30 pagi Saufi dan aku berkumpul di Dataran Rompin dan membincangkan strategi kayuhan untuk sampai ke destinasi. Tepat jam 8.00 pagi kami memulakan kayuhan. Walaupun hanya berdua, sistem puller and drafting dapat menjimatkan tenaga kami berdua. Kami berjaya tetapkan kayuhan sekitar 28-33 km sejam. Kami sampai ke Pantai Seri Tanjung iaitu kira-kira 80km dari Kuala Rompin pada jam 10.30 pagi. Aliran trafik jalan ini memang cukup baik. Aku difahamkan jalan ini merupakan jalan baru ke Mersing. Panorama dan suasananya sungguh segar dan amat mengasyikan. Kami sememangnya betul-betul menyusuri pantai sepanjang laluan ini.

                                                                   Di dataran ROMPIN

Sampai di Pantai Seri Tanjung atau lebih tepat lagi, Kampung Makam, aku telah membuat satu kesilapan paling besar. Kami telah berhenti dan makan nasi. Niat asal nak makan makanan ringan sahaja ataupun nasi ayam sahaja. Ternyata pilihan lauk-pauk di restoren tersebut membuat nafsu makanku menjadi-jadi. Aku rasa lebih 50 lauk disediakan di restoren ini. Tidak hairanlah, seawal jamm 10.30 pagi sudah ramai pengunjung berada di restoren ini. Aku pula terjumpa lauk kegemaran zaman belajar di Pucak Perdana dahulu. Siput Sedut masak Lomak cili Api!!! Pergh!!! Lepastu ada pulak gulai Ikan Merah!! Lama juga kami melepak kat kedai ni, pemandangan pun cantik, betul-betul menghadap pantai. 

                                                                Bukti kami sampai di sini

Kami memulakan kayuhan tepat jam 12 tengah-hari. Dalam perjalanan balik ini kami memulakan pendakian. Dengan badan yang berat akibat makan nasi golai lemak, campur plak dengan pedas, ianya telah memberi kesan kepada kayuhan ku. Mencecah KM ke 100, aku kira ada 7 buah bukit yang hanya ada pendakian. Selepas mendaki bukit pertama, ingatkan akan ada menuruni bukit, rupanya perlu mendaki lagi. Itulah yang mebuatkan mental ku "koyak". Aku terpaksa "take 5" walaupun baru berkayuh 20km!! Air telah habis 750 ml. Kami berhenti betul-betul berhampiran dengan Roadblock yang dibuat oleh PDRM. Sempatlah tengok orang kena saman. Kemudian kami teruskan kayuhan, dan sememangnya kayuhan seterusnya adalah mendaki dan mendaki lagi. Untuk makluman semua jalan ini merupakan kawasan hutan simpan Pergunungan Arong. Maknanya aku dan Saufi bukit mendaki bukit, tapi GUNUNG!!!! Setelah selesai mengharungi Kawasan Gunung Arong ini kami terpaksa berhenti sekali lagi di kawsan perkampungan. Aku terpaksa Top Up air sekali lagi. Kemudian kami meneruskan kayuhan ke Kuala Rompin. 

Oleh kerana bekalan air mineral pun dah habis, aku berhenti sekali lagi di 7-E Tanjung Gemok. Kali ni aku terpaksa minum Gatorade untuk menmahkan tenaga padaku. Sebenarnya selepas berjaya mengharungi Kawasan Pendakian Gunung Arong aku seakan mendapat motivasi baru. Aku berjaya "maintainkan" kayuhan sekitar 30 km sejam. Kami sampai di Kuala Rompin tepat jam 2.30 petang. Bayangkan. untuk 60km terakhir, kami mengambil masa 2 jam 30 minit termasuk 3 hentian tadi. Kami perlu perbaiki kelemahan ini pada masa akan datang.

Secara kesimpulanya jika dari masa kayuhan, kami berjaya menamatkan kayuhan 140 km dalam masa 5 jam. Selepas ini, bagi betul-betul menjalani Latihan Kuantan Century Ride, tidak ada sesi makan nasi dan hentian hanya boleh dibuat sebanyak 4 kali sekadar feeding station. Bagi mengatasi masalah tersebut, aku cadangkan kita perlu bawa pisang, powerbar dan powergel. Dengan persedian yang betul aku rasa TRACK ini dapat ditamatkan di bawah 5 jam. 

Aku juga tidak menyarankan MTBrian dari RCC untuk mengikut kayuhan ini. Memang terlalu ekstream. Silap-silap memang kena ada sebuah ambulance yang follow ni. Namun begitu aku.. TUAN KHAIRUL AZHAR BIN TUAN KUNING MENCABAR SEMUA RCCrian YANG LAIN UNTUK MENYERTAI DAN MENAMATKAN KAYUHAN INTERSTATE ini YANG AKAN AKU CADANGKAN PADA AKHIR MAC INI!!!! Amacam ada berani????

p/s: Sengaja mengakhiri POST kali ini dengan CABARAN.

TK Rompin