Wednesday, 5 June 2013

Kuantan 160 Century Ride 2013

                              Dari kiri Cikgu Ijat, Tk Rompin, Abg Lan dan Saufi. Gambar diambil dari                                          
                                                               Cycling Malaysia Magazine's

  Pada 2 Jun 2013 bersamaan hari Ahad, terciptalah satu kenangan terindah bagi riders Rompin Cyclist Club. Kami semua telah menyertai acara kayuhan berbasikal terbesar di Pantai Timur iaitu Kuantan 160 Century Ride 2013. Antara RCCrian yang menyertai kayuhan kali ini adalah Cikgu Ijat, Tk Rompin, Saufi dan Abg Lan. Ini adalah penyertaan sulung kami dalam acara century ride ini. Ternyata terpancar wajah-wajah kegugupan dari kami semua. Manakan tidak, hampir 2000 orang riders akan berentap untuk menguji ketahanan diri masing-masing. Sebelum  flag-off lagi Cikgu Ijat dah mengeluarkan statement " Roadbike bukan jiwa aku". Statement itu sudah cukup mengambarkan kegusaran beliau dalam mengharungi saingan ini.

Sememangnya 'placing' bukanlah tujuan utama kami. Maklumlah ini merupakan event roadies pertama yang kami sertai, bahkan penganjur telah pun memberitahu bahawa "this is not a race event", so faham-faham jerla. Bagaimanapun kami telah meletakkan sasaran awal iaitu, TAMATKAN KAYUHAN DALAM MASA YANG DITETAPKAN.

Bagi 20km pertama sasaran yang ditetapkan menjadi terlalu mudah untuk dicapai, bayangkan di km 85-90 aku masih berjaya mengekalkan posisi aku di dalam peloton terawal. Oleh kerana peloton ini terlalu kompetetif, water station pun diaorang tidak berhenti. Aku pula dah habis sebotol air. Nak atau tidak aku terpaksa keluar dari Peloton untuk singgah di Stesen Minyak Shell untuk refill air dan jugak... buang air kecil. Hahahaha.. Aku rasa sangat seronok bila berada dalam kumpulan besar sebegini. Macam tak percaya pulak aku mampu kekalkan kayuhan sekitar 38-42 km sejam untuk 90km pertama ini.

Nama untuk baki kayuhan seterusnya bagaikan azab bagiku, sudahlah terkeluar dari peloton depan, nak 'catch-up' group-group lain pun tak dapat dah sebab baki perjalanan yang seterusnya adalah bukit-bukit yang boleh tahan lah.. Sebelum water station ke 3 aku yakin yang aku boleh sampai ke garisan penamat sebelum 1 petang. Namun pada km 127, kaki aku telah krem untuk kali pertama, dari seberang jalan dah ternampak water station ke 4 yang menyajikan air isotonik 100 plus dan juga air batu. Ini  mungkin membantu aku untuk hilangkan krem ini, namun begitu aku perlu meneruskan kayuhan sejauh 7 km lagi untuk sampai di Water Station 4. Apabila sampai di water station tersebut sekali lagi kaki aku krem, nasib baik ada crew yang perasan, sempat pegang basikal aku, kalau tak confirm tergolek dah aku. Terima kasish aku ucapkan pada brader tu, kat sini aku rehat dalam 10 minit jugak nak hilangkan krem, siap mandi ais lagi, "dimandikan" oleh crew-crew yang cun-cun gitu.. hahahaha.. memang bestla pengalaman ni.

Lepas agak-agak rasa kaki aku dah lega dan badan dah segar, aku teruskan kayuhan, namun malang bagiku tidak sampai 5 km pun, untuk bukit pertama selepas water station tersebut aku krem sekali lagi, membuatkan aku terpaksa berhenti di tepi highway tu. Nak turun dari basikal pun dah tidak berdaya, aku bertahan di antara bukit itu untuk tempoh 2-3 minit, sehingakan ada rider dari luar negara tanya " are u ok? " aku pun dengan ego sambil menghamburkan senyuman " saya ok saya dah besar!!!" lantaklah dia bukanya faham pun hahaha... bermula dari sini aku kayuhan aku terlalu perlahan,namun begitu aku sempat menumpang team dari Fat Cycles, sempatlah kayuh 30-32 km sejam dalam keadaan kaki krem. Tapi aku rasa macam tak syok pulak kalau tumpang jer dan tidak buat kerja, so aku decide untuk keluar dari group ini dan teruskan kayuhan secara berseorangan. Akhirnya pada jam 1.20 petang aku berjaya sampai, di akhir garisan pun aku krem sekali lagi, mujurlah ada sorang riders tu dier tolong pegang basikal aku, kalau tak memang medic datang mengerumuni aku dah.

Secara ringkasnya aku berjaya menamatkan kayuhan dalam 5 jam 53 minit di tempat ke 226 bagi kategori 35tahun kebawah manakala saufi sampai 3 minit kemudian untuk berada di tempat ke 234. Cikgu ijat pula berjaya tamatkan kayuhan dalam masa 6jam 58 minit, manakala Abang Lan pula berjaya tamatkan kayuhan dalam masa 7 jam 11 minit. Untuk makluman sehari sebelum KCR, Abang Lan telah pun menyertai Jamboree Kemaman. Memang hebatlah datuk sorang ni .

Insyaallah aku akan menyertai KCR untuk tahun hadapan dan kali ini aku akan cuba untuk mengatasi rekod peribadi ku ini. Aku inginkan ucapkan syabas kepada penganjur dalam menjayakan penganjuran pada kali ini.

Berikut beberapa gambar yang diambil dari Cycling Malaysia Magazine's, XviCliX's, Velocipede Works's album
 Sheikh Ezneihan Azhar's  dan beberapa album yang telah disharekan di facebook kuantan century ride.




            Tuan Wadi turut datang memberi semangat kepada kami, beliau tidak dapat berkayuh bersama kami kerana baru sahaja pulang dari Cameron Highland.
                                                        Hari pengambilan goodies pack.
                                                      Saufi dan Cikgu Ijat di starting point
                                                              Saufi dengan jenteranya
                                         "Roadbike bukan jiwa aku..." kata-kata dari Cikgu Ijat
                                       Datuk Lan yang baru jer pulang dari Kemaman Jamboree
                                                              Thanks Cycling Magazine..
                                                       Kuat betul tenaga brader MTB ni
                                                             Steadylah Cikgu Ijat!!!
                                                                        la la la la...
                                                                Yes aku berjaya!!!!
                           Sijil dah ada, konfirm SKT tahun ni tinggi. Silap-silap dapat APC tahun ni


Tk Rompin...

No comments:

Post a Comment