Thursday 24 October 2013

Antara Leban Chondong dan Selendang...

                          RCCrian dari kiri : Zul, Hazami, Budak baru, Azri, Tuan Wadi, Haidir, Beskal Aku, Saufi, Imran, Firdaus dan Mizi

Destinasi          : Rompin - Leban Chondong - Selendang - Rompin
Tarikh                : 24 10  2013
Jarak Kayuhan   : 80 km
Waktu Bertolak :   8.00 pagi
Top Speed        :  45. km/perhour 
Average Speed  :  Tidak dapat average yg tepat
Jumlah Hentian   : 2 Kali 
Sebab Hentian   :  Minum Air, bergambo dan minum air lagi
Riderz               :  Zul, Hazami, Budak Baru, Azri, Tuan Wadi, Haidir, TK, Saufi, Imran, Firdaus dan Mizi
Marshal             : Tiada

Sempena cuti Kelahiran Sultan Pahang, aku pun decide dengan rakan-rakan untuk ride dalam sekala separuh jauh. Rugilah aku, kalau cuti kat Rompin, terperuk kat rumah jer. Lagipun, seingat aku, dah 2 bulan aku tak kayuh dengan geng RCC ni, yerla ujung minggu kayuh kat Kuantan jer. RCC pun makin bertambah, ramai Rakan-rakan baru dalam RCC ni. Tidak sia-sia pembentukan komuniti berbasikal di Rompin, dapat tambah ramai kawan.

 Alhamdulillah cuaca hari kayuhan amat baik. Asalnya aku ingat, aku 3 orang jer yang akan sertai kayuhan kali ini, tidak sangka pula, RCCrian yang lain especially yang pakai MTB ni berani menyahut cabaran aku ni. Tahniah buat diorang, 80 km dengan mountain bike tu.. dalam masa 3 jam lebih-lebih tu. Yang paling steady Cik Mi la.. Tuan Wadi cam biasa la, nak elak kena kutuk kaw-kaw dier bawa la MTB, sebagai alasan kukuh katanya.. By the way you have the fighting spirit. I like that. Next year get ready for KCR 2014. Pasti BALIGHnyer.

Ketika kayuhan, aku dan imran sempat la ber'meeting' al maklumla, nak tunggu Tuan Wadi yang kat belakang tu.. Hasil meeting aku dengan Imran, dan disokong oleh rakan-rakan yang lain, kita tukarkan Rompin Cyclist Club kepada Rompin Cyclict Community. So tidak melibatkan karenah birokrasi dan undang-undang pertubahan. Nama ni baru tepat. Sesiapa jer yang berkayuh kat Rompin ni secara automatik di dalam Komuniti Berbasikal, termasuklah geng-geng kolej komuniti Rompin. 

Berbalik kepada cerita kayuhan semalam, budak baru tu mengalami cramp, nasib baik En Sweaper seumur hidup memainkan peranan yang penting. Haidir telah menggunakan segala ilmu yang ada pada beliau dan Alhamdulillah, Budak Baru berjaya sampai ke rumah dalam keadaan yang sihat waalfiat... Sebagai pengajaran, jangan lupa minum air, dan kalau nak kayuh jauh-jauh standby air berbotol-botol jangan duk fikir takut basikal berat. Walaupun rasa xdahaga, amal-amal la take a sip for every 10-15 minutes. Boleh la elak cramp sikit-sikit, kalau nak kena nak wat cam maner kan... 

Semalam pun kira bagus jugak, walaupun ketiadaan Ijat, RCCrian berkumpul tepat pada waktunya, kat sini dah nampak mereka-mereka ini semua dah semakin berdisplin. Semakin awal kita mulakan kayuhan, semakin kurang terasa bahang mathari, tu teori aku la. Ok la kita berkumpul lagi pada next ride... 

Pintu Gerbang Leban Chondong
Imran mengetuai team roadies semalam
Tuan Wadi ngan Camel Bagnyer..
Steadylah Cik Mi..


 Bergambo di Simpang Sepayang
Climbing di Selendang



Bui.. Bui..

No comments:

Post a Comment