Sunday, 25 November 2012

Ride To Fight Say No To Drug


Pada 25 November 2012, RCC telah menyertai kayuhan yang diberi nama Ride To Fight, Say No To Drug anjuran AADK Rompin. Jarak Kayuhan ini adalah sejauh 10km. TGCC turut menyertai kayuhan kali ini. Kayuhan ini bertujuan menyampaikan maklumat dan mesej kepada masyarakat setempat untuk jauhi dadah. Kami di RCC mengucapkan ribuan terima kasih kepada AADK Rompin kerana sudi menjemput kami untuk menyertai program sedemikian. Bagi kami di RCC, ini adalah tanggungjawab kami dalam memberi khidmat masyarakat untuk kepentingan bersama. Sesungguhnya Rakyat Sihat Tanpa Dadah. Untuk kayuhan kali ini, Tuan Wadi dan Bro Imran Maybank tidak dapat menyertai kerana ada urusan kerja. Berikut adalah gambar-gambar sekitar program :

                                          Sesi Taklimat
                                         Tuan Rahman memberi taklimat ringkas

                                         Zul dan Haidir memimpin kayuhan

Mendaki Selendang Lagi


Destinasi          : Rompin Selendang
Tarikh                : 24 November 2012 
Jarak Kayuhan   :  51 km
Waktu Bertolak :   9.00 pagi
Waktu Sampai   : 11.00 pagi
Top Speed        : 54.5 km/perhour 
Average Speed  : 28.0 km/perhour
Jumlah Hentian   : 1 kali
Sebab Hentian   : Ambil Nafas
Jenis Basikal      : 3 Roadbike
                           2 Mountain Bike

Pada 24 November 2012, lebih kurang jam 8.30 pagi, aku menerima panggilan dari bro Mizi. Belia mengajak aku untuk bersama-sama membuat kayuhan santai ke Selendang. Trip sebelum ini aku tidak berkesempatan, maka aku rasakan inilah peluang bagiku mempertontonkan kebolehanku mendaki bukit. Aku difahamkan pada awalnya Bro Haidir (Raja Keting) akan bersama-sama menyertai kayuhan ini. Namun begitu beliau terpaksa ke Pekan atas urusan keluarga. Tidak mengapa, kerana excuse-excuse sebegini mampu mengekalan title Raja Keting tersebut. Jangan pegang lama-lama. 

Pukul 9 pagi kami berlima berkumpul di Simpang Selendang, dan memulakan kayuhan secara berkumpulan. Pada 3 km pertama, kumpulan kali ini dilihat sekadar membuat kayuhan santai. Namun begitu menuju bukit pertama, ternyata Azri The Aprientce telah mencabar rakan-rakan kayuhan yang lain dengan membuat breakaway pertama. Ternyata 3km pertama itu hanyalah sekadar pemanas badan. Melihat daripada breakaway yang dilakukan, Bro Khairul dan Sopie the Sprinter cuba "attack" breakaway Azri, dan ternyata berhasil. Selepas itu tanpa menoleh lagi ke belakang, Bro Khairul terus mengerah tenaga untuk pendakian-pendakian seterusnya. Beliau berjaya sampai ke tempat rehat(22 km) pada jam 9.26 pagi. 5 minit kemudian Azri dan Sopie turut tiba. Atlet Mountain Bike kita, Tuan Wadi berjaya sampai pada jam 9.40 pagi. Disusuli dengan ketibaan Marshal kita, iaitu ibu kepada Azri. Peserta terakhir, Bro Mizi berjaya sampai ke tempat rehat tersebut pada jam 9.50 pagi.

                                         Keletihan tergambar dari raut wajah Tuan Wadi

                                         Bro Khairul yang tertinggal kasut cyling dan glovenyer.
                                       Atlet RCC yang telah mencipta sejarah suatu ketika dahulu

Setelah berehat selama 10 minit kami memulakan kayuhan kembali balik ke rumah masing masing.

                   Sopie berada di dalam dilema. Memikirkan sama ada untuk meneruskan perjalanan ke Taman  
                                                          Negeri ataupun pulang ke rumah.

                               
Di akhir kayuhan ini aku dapati, semua RCC memberz telahpun improve. Teknik kayuhan yang betul, strategi permainan yang diselang seli dengan breakaway menambahkan seri kepada sesi kayuhan kali ini. Aku rasa dalam masa sebulan lagi, dengan latihan yang berterusan, RCC mampu membuat kayuhan secara pada jarak Half Century (80km ke atas). Diharap rakan-rakan semua mempersiapkan diri untuk membuat kayuhan ke Pekan yang dijangka pada awal Januari ini. Bye-bye...

Salam Kayuhan dari ku...        

Thursday, 22 November 2012

Kayuhan Solo Sekitar Kuantan


Destinasi          : Jeti Tanjung Lumpur - Kipsas - Sungai Soi - Teluk Cempedak - Jeti Tanjung Lumpur
Tarikh                : 13November 2012 
Jarak Kayuhan   :  68 km
Waktu Bertolak :   7.31 pagi
Waktu Sampai   : 10.00 pagi
Top Speed        : 51.5 km/perhour (Bukit Teluk Cempedak)
Average Speed  : 28.0 km/perhour
Jumlah Hentian   : 1 kali
Sebab Hentian   : Ambil Gambor 
Jenis Basikal      : Roadbike

Sehari selepas kegagalan untuk meneruskan misi ke Pekan, aku mencabar diri aku sekali lagi untuk menguji daya ketahananku. Kali ini memilih jarak destinasi yang lebih dekat. Bagi mengelakan kesilapan sewaktu kayuhan solo pertama, aku telah bertolak tepat jam 7.31 pagi. 


Trafik di bandar Kuantan di awal pagi ini sangat baik. Ini memberi keyakinan yang tinggi kepadaku. Aku yakin dengan cuaca yang baik dan aliran trafik yang tenang, aku mampu harungi kayuhan kali ini dengan baik sekali.





Setelah 2 hari aku membuat kayuhan solo di bumi Kuantan ini, ada beberapa kesimpulan yang dapat aku buat. Kayuhan solo boleh dikatakan agak membosankan, kerana hanya menguji diri sendiri, tiada taktikal dan teknikal kayuhan yang boleh diaplikasikan. Tenaga cepat habis kerana perlu meredah angin secara berseorangan. Kayuhan solo juga perlu dimulakan seawal pagi bagi mengelakkan "moral down". Yang paling penting jangan minum Kopi O Ais samaada sebelum kayuhan ataupun semasa kayuhan!! 

Itu sahaja pengalaman kayuhan ke selama 2 hari di bumi Kuantan...

Kayuhan Solo Tanjung Lumpur - Pantai Sepat


Destinasi          : Jeti Tanjung Lumpur - Penjara Penor - Pantai Sepat - Jeti Tanjung Lumpur
Tarikh                : 12 November 2012 
Jarak Kayuhan   :  51 km
Waktu Bertolak :   7.31 pagi
Waktu Sampai   : 10.30 pagi
Top Speed        : 43.5 km/perhour
Average Speed  : 28.0 km/perhour
Jumlah Hentian   : 3 kali
Sebab Hentian   : Ambil Gambor dan Makan Cekodok dekat rumah mak sedara
Jenis Basikal      : Roadbike

Sehari selepas Kayuhan Diraja Karnival Rakyat, aku bercadang untuk mencabar ketahanan mental dan fizikal. Pada asalnya aku bercadang untuk membuat kayuhan ke Pekan dengan anggaran jarak pergi balik adalah 100km. Namun hasrat itu terpaksa ditunda ditengah jalan berhadapan Penjara Penor.

Aku bermula agak lewat, kira kira jam 9 pagi. Aku mulakan kayuhan dengan agak baik, dengan kayuhan sekitar 30-32 km/perjam aku berhenti di papan tanda menuju kearah pekan. Kenapa aku berhenti? Inilah sebabnya :

                                          Ambil bahan bukti ... Cita-cita diteruskan ke Pekan.

Setelah sejam berkayuh, aku sampai di hadapan Penjara Penor, dan aku dapat rasakan, yang aku tidak mungkin akan sampai ke Pekan. Ketika itu jam 10 pagi, dan matahari sudah meninggi, seakan-akan jam 12 tgh/hari. Dengan rasa berat hati aku terpaksa menukar fikiranku untuk membuat kayuhan lebih pendek. Aku telah memilih destinasi Pantai Sepat sebagai destinasi yang baru. Aku berjaya sampai di Pantai Sepat, dengan lebih tepat lagi di rumah Mak Sedaraku pada jam 10.30 pagi. Di sini aku dihidangkan dengan cekodok bilis dan air kopi o ais! Nikmatnya memang tidak terkata. 10q Mak Cik Yah dan menantu barunya itu yang menjamu aku dengan hidangan sedemikian.

Jam 11 pagi aku pun memulakan perjalanan pulang ke Tanjung Lumpur dengan perut yang kenyang. Aku berjaya menamatkan kayuhan soloku kali ini pada jam 11.30 pagi.

                                                    Di Pantai Sepat
                                          Gambar kenangan dirumah Makcik Yah

Sambungan kayuhan solo kedua...
                                                

Thursday, 15 November 2012

Kayuhan Diraja Karnival Rakyat 2012

Hari yang ditunggu telah tiba, detik bersejarah buat RCC telah tercipta. RCC memberz telah menghantar wakilnya untuk menyertai Kayuhan Diraja Karnival Rakyat 2012. Dilaporkan, penyertaan kali ini mencecah 800 orang. Dengan mengunakan track gabungan off-road dan on-road dan jarak sejauh 40 km adalah yang perlu mereka lalui. 

Kemeriahan kayuhan kali ini amat dirasai, apabila seawal jam 7.00 pagi, para peserta sudahpun membanjiri perkarangan stadium. Lebih bermakna peserta dilepaskan oleh  Sultan Pahang SultanHaji  Ahmad Shah, turut berangkat pada program kali ini Tengku Mahkota Tengku Abdullah dan Tengku Puan Pahang Tengku Azizah Aminah Maimunah Sultan Iskandar. Hadir sama Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob. 

Keputusan bagi RCC memberz adalah seperti berikut :

Abg Lan Otai -  141
Imran Mayban - 203
Tuan Wadi - 308
Mizi - 320

Tahniah diucapkan kepada semua RCC memberz kerana berjaya menamatkan kayuhan ini. 

                                          Mizi and Tuan Wadi

                                          Imran Maybank with Nasir Bike Team

                                          Abg Lan Otai yang sentiasa ceria

                                          Gimik Pelancaran, team basikal antik dari Melaka

                                         Bekas Jagoan Negara

                                         Para peserta siap sedia untuk dilepaskan

Tuesday, 6 November 2012

Penyerahan PowerBAR oleh Penaja

Sempena penyertaan sulung riderz RCC pada event Kayuhan Diraja Karnival Rakyat, ramai rakan-rakan yang memberi semangat kepada riderz-riderz yang terlibat. Pada 6 November 2012 detik 10.00 malam dan bertempat di Restoren Anjung Suria, satu majlis penyerahan makanan pembekal tenaga telah dianjurkan.

Pada majlis kali ini kita amat beruntung kerana Riderz2 yang terlibat telah mendapat tips-tips yang berguna daripada Abang Lan 4Bearing, yang merupakan Penasihat Seumur Hidup untuk RCC. Pelbagai pengalaman beliau dikongsikan ketika berlangsunya majlis ini. Antara yang menghadiri majlis ini adadalah Khairul, Tuan Wadi, Mizi, Haidir dan sudah semestinya Abang Lan. Abang Lan telah memberikan teknik dan taktik kayuhan ketika menyertai pertandingan-pertandingan sebegini rupa. Insyaallah dengan semua tips yang dikongsikan dapat dimanfaatkan oleh Tuan Wadi and Mizi dalam menamatkan acara tersebut.

Sebagai dorongan kepada mereka, Bro Haidir telah menaja makanan pembekal tenaga iaitu POWERBAR berperisa Choclate Peanut Butter. Usaha dan dorongan beginilah yang diperlukan dalam membentuk ikatan silaturahim yang lebih erat. Secara kesimpulanya... Tuan Wadi and Mizi jangan hampakan kami!!! Atleast bawa balik hamper pun jadilah . Hahahaha..

Power Bar Tajaan

Penaja Rasmi 

Kami semua nantikan keputusanya dengan penuh debaran

The First Competetive Event

Sempena Kayuhan Diraja Karnival Rakyat 2012, Team RCC akan menghantar 2 orang riderz untuk menyertainya. Ini adalah sejarah buat RCC kerana berjaya menghantar riderz untuk menyertai program-program sebegini rupa. Berikut adalah iklan dan detail event tersebut :

                                                Poster ini diambil dari 2009tonton.blogspot

Date: 11 Nov 2012
Time: 9am
Venue: Padang MPK 2, Kuantan Pahang
Distance: 40km
Registration fees: Early bird - RM65, After 5 Nov - RM80
Medal: Top 200 medals


RCC memberz yang akan menyertai event ini adalah :

Tuan Wadi 

Mizi

Walaupun acara ini adalah mountain bike, bukan event kegemaran RCC, diharap riderz2 ini mampu memberi saingan yang sengit kepada peserta-peserta lain. Kalah menang adat bertanding, Namun begitu tetapkan objektif dan misi supaya mendapat pengalaman yang amat berguna. 

Rakan-rakan RCC yang lain mendoakan kejayaan Tuan Wadi and Mizi untuk menghabiskan penyertaan sulung ini. Kejayaan anda kebanggaan kami.


P/S : Follow jer Abg Lan 4bearing (Penasihat dan OTAI RCC), pengalaman banyak tu, atleast dapat kayuh 5 km bersama ok la tu..

Good Luck Guys!!!

Sunday, 4 November 2012

Kayuhan ke Felda Selendang

Pada 3 November satu program kayuhan santai telah dianjurkan oleh RCC. Kali ini ada 2 kategori dipertandingkan iaitu Gelaran utama RAJA KETING dan Raja Bukit. Laluan kali ini adalah laluan berbukit. Kali ini RCC ingin menguji kemampuan mental dan fizikal masing-masing. Kali ini terbukti RCC semakin mantap. Insyaallah suatu hari nanti dengan kebolehan dan keyakinan yang ada, RCC mampu menghantar riders ke perlumbaan-perlumbaan tempatan yang dianjurkan. Berikut adalah rumusan kayuhan kali ini :


Destinasi          : Kuala Rompin - Felda Selendang - Kuala Rompin
Tarikh                : 3 November 2012 (Sabtu)
Jarak Kayuhan   : 54.6 km
Waktu Bertolak : 8.00 pagi
Waktu Sampai   : 10.55 pagi
Top Speed        : 51 km/perhour
Average Speed  : 25 km/perhour
Jumlah Hentian   : 3 kali
Sebab Hentian   : Lepak Minum Air
Jumlah Cyclist    : 6 orang
Jenis Basikal      : 5 Roadbike + Mountain Bike

Raja Bukit :  Bro Imran Maybank
Raja KETING : Bro Haidir

                   Dari Kiri : Haidir, Mizi and daughter, Azri (Berdiri di belakang), Tuan Wadi (duduk
                                      mencangkung), Sofi the sprinter dan Imran Maybank.

Next Trip is....



Wednesday, 31 October 2012

Musim Hujan Telah Tiba



Kepada semua RCC members... Cuaca kini semakin tidak menentu. Rancangan kayuhan selalu tergendala akibat dari cuaca buruk. Memang tiada cara untuk kita elak dari bertemu dengan musim hujan ni. Jadi kepada mana-mana RCC members yang tetap meneruskan kayuhan ketika hujan ini diharap berhati-hati. Kadang-kadang sewaktu kayuhan petang-petang, keluar dari rumah cuaca elok, namun setelah kayuhan dibuat hujan mulai turun.Jadi apa yang perlu anda sediakan. Berikut ada beberapa cadangan :

a) Pastikan basikal berada dalam keadaan yang terbaik
b) Mempunyai lampu led yang berfungsi!!
c) Pastikan tekanan angin tayar mencukupi.
d) Pastikan brek berfungsi dengan baik.
e) Telefon, walet dan barang berharga lain dimasukkan ke dalam plastik bag.
f) Jikalau hujan terlalu lebat, berhentilah dahulu dan lepak mana-mana tempat yang sesuai.
g) Ketika petir pastikan anda jarakkan kedudukan antara satu sama lain bagi mengelakkan. Jarak disyorkan adalah 15 kaki
h) Ketika petir juga elakan untuk berada ditempat yang terlalu lapang.
i) Yang paling penting pastikan kredit telefon mencukupi. Senang telefon members yang lain kalau tidak boleh meneruskan perjalanan.

Sebahagian tips ini diambil dari http://altitude2u.multiply.com/journal/item/29?&show_interstitial=1&u=%2Fjournal%2Fitem.. thanks for sharing the inofrmation.

Bersukan-bersukan juga, keselamatan dan kesihatan perlu dijaga.

Selamat Berkayuh!

Wednesday, 24 October 2012

Kayuhan Santai Sempena Cuti Hari Keputeraan Sultan Pahang

Destinasi          : Kuala Pontian - Sempadan Rompin - Kuala Pontian
Tarikh                : 24 Oktober 2012 (Rabu)
Jarak Kayuhan   : 71.2 km
Waktu Bertolak : 8.00 pagi
Waktu Sampai   : 10.30 pagi
Top Speed        : 45.5 km/perhour
Average Speed  : 28.0 km/perhour
Jumlah Hentian   : 3 kali
Sebab Hentian   : Lepak Minum Air
Jumlah Cyclist    : 6 orang
Jenis Basikal      : Semua Roadbike

Sempena cuti Keputeraan Sultan Pahang, team RCC telah membuat kayuhan santai ke Sempadan Rompin. Dengan jarak maksimum 71.2 km, ini adalah di antara kayuhan terpanjang yang pernah dibuat oleh team RCC. Untuk makluman team RCC bukanlah terdiri dari professional rider, maka kami dapat berbangga dengan jarak kayuhan sebegini.

Kali ini kayuhan disertai oleh Bro Wadi, Bro Mizi, Bro Sopie, aku sendiri, dan tak lupa juga adik azri(anak Bro Mizi) dan juga seoarang lagi rakanya. Sepatutnya kayuhan kali ini disertai oleh Bro Haidir, namun begitu beliau terpaksa membatalkan hasratnya untuk berkayuh bersama di atas sebab kerja. Don't worry Bro Haidir.. Kitaorang faham.. hehehehe.. 

Kayuhan bermula dari Kuala Pontian sebelum berkumpul di Warung Kopi Yin Sungai Puteri. Kat sini kitaorang breakfast dulu dan sedikit taklimat untuk keselamatan sepanjang kayuhan. Rata-rata riders merupakan kategori beginner, jadi kami telah set speed kayuhan pada 25 km sejam. Sememangnya pada permulaan kayuhan hanyalah sekadar 25 km sejam, aku merasakan yang riders yang lain mampu untuk mengayuh lebih laju. Aku cuba maintain sekitar 29-31km sejam, ternyata firasat aku tepat. Team kali ini mampu mengikut rentak kayuhan. Kami berjaya sampai ke Sempadan Rompin dalam waktu yang singkat.

                                          Riders RCC
                                         Mastermind RCC yang paling kanan
                                          Destinasi kayuhan Sempadan Rompin... 
                                          P/S semua gambar diambil dari Ghani Wadi.

Kesemua RCC riders berjaya sampai dalam kelompok ke Sempadan Rompin. Walaupun ada beberapa peristiwa di kejar anjing di Perkampungan Orang Asli Batu 3, mereka semua masih mampu mengikut rentak kayuhan. Selepas berehat selamat 15 minit di landmark sempadan Rompin ini, RCC riders menuju kembali ke Kuala Rompin. Sebelum riders pulang ke rumah masing-masing, kami sekali lagi lepak minum-minum air di Warung Yin Sungai Puteri dan kemudian menuju ke rumah masing-masing.

Secara keseluruhan, kayuhan kali ini mengambil masa selama 3 jam termasuk 2 kali lepak minum air dan sekali amik gambar.. Mungkin masa kayuhan sebenara adalah sekitar 2 jam. So guys ini sesuatu yang OK ler... hahahahah.. Selepas ini untuk lebih memantapkan diri, kita cuba untuk kurangkan waktu lepak kedai Kopi....

Sampai sini sahaja catatan kayuhan kali ini.. Daaa...



The Begining...

RCC dianggotai sekumpulan rakan-rakan yang mempunyai hobi dan minat yang sama. Kami terdiri dari segenap lapisan masyarakat. Lingkungan umur adalah dari seawal 10 tahun sehinggalah 55 tahun. Mereka ini semua terdiri dari pelajar, penjawat awam, pekerja swasta dan juga orang kebanyakkan.

Walaupun nama penuh untuk RCC ini adalah Rompin Cylcist Club, ianya bukanlah sebuah kelab yang mempunyai struktur orginasasi yang tersusun. RCC tidak mempunyai sebarang jawatan seperti pengerusi, s/u, bendahari mahupun ajk. Kami hanyalah sekumpulan lelaki yang hanya berkumpul dalam sesuatu masa dan melakukan aktiviti yang sama.

Secara rasminya, walaupun ianya sememangnya TIDAK RASMI(UNOFFICIAL), RCC dipersetujui diwujudkan pada 23 Oktober 2012 iaitu ketika "ngeteh" di Kedai Johan di Bandar Rompin ini. Ketika itu salah seorang rakan RCC membawa kertas kerja untuk Program Kayuhan Santai yang jaraknya sejauh 48km, bagi menampakkan gahnya program ini, nama RCC pun dipersetujui. Sekali lagi diingatkan, RCC bukanlah sebuah KELAB yang RASMI. Mungkin boleh diistilahkan sebagai DOWNSTREAM club.

Dengan wujudnya RCC ini, kami berharap mampu menarik minat lagi ramai masyarakat di Rompin ini untuk menyertai sukan berbasikal. Jikalau setiap petang penduduk di Rompin ini ada ternampak sekumpulan cyclist yang lalu di kawasan anda, jangan segan silu untuk join bersama-sama. Sememangnya kayuhan beramai-ramai sebegini mampu memberi keseronokan dan kepuasan dalam bersukan.