Destinasi : Rompin Selendang
Tarikh : 24 November 2012
Jarak Kayuhan : 51 km
Waktu Bertolak : 9.00 pagi
Waktu Sampai : 11.00 pagi
Top Speed : 54.5 km/perhour
Average Speed : 28.0 km/perhour
Jumlah Hentian : 1 kali
Sebab Hentian : Ambil Nafas
Jenis Basikal : 3 Roadbike
2 Mountain Bike
Pada 24 November 2012, lebih kurang jam 8.30 pagi, aku menerima panggilan dari bro Mizi. Belia mengajak aku untuk bersama-sama membuat kayuhan santai ke Selendang. Trip sebelum ini aku tidak berkesempatan, maka aku rasakan inilah peluang bagiku mempertontonkan kebolehanku mendaki bukit. Aku difahamkan pada awalnya Bro Haidir (Raja Keting) akan bersama-sama menyertai kayuhan ini. Namun begitu beliau terpaksa ke Pekan atas urusan keluarga. Tidak mengapa, kerana excuse-excuse sebegini mampu mengekalan title Raja Keting tersebut. Jangan pegang lama-lama.
Pukul 9 pagi kami berlima berkumpul di Simpang Selendang, dan memulakan kayuhan secara berkumpulan. Pada 3 km pertama, kumpulan kali ini dilihat sekadar membuat kayuhan santai. Namun begitu menuju bukit pertama, ternyata Azri The Aprientce telah mencabar rakan-rakan kayuhan yang lain dengan membuat breakaway pertama. Ternyata 3km pertama itu hanyalah sekadar pemanas badan. Melihat daripada breakaway yang dilakukan, Bro Khairul dan Sopie the Sprinter cuba "attack" breakaway Azri, dan ternyata berhasil. Selepas itu tanpa menoleh lagi ke belakang, Bro Khairul terus mengerah tenaga untuk pendakian-pendakian seterusnya. Beliau berjaya sampai ke tempat rehat(22 km) pada jam 9.26 pagi. 5 minit kemudian Azri dan Sopie turut tiba. Atlet Mountain Bike kita, Tuan Wadi berjaya sampai pada jam 9.40 pagi. Disusuli dengan ketibaan Marshal kita, iaitu ibu kepada Azri. Peserta terakhir, Bro Mizi berjaya sampai ke tempat rehat tersebut pada jam 9.50 pagi.
Keletihan tergambar dari raut wajah Tuan Wadi
Bro Khairul yang tertinggal kasut cyling dan glovenyer.
Atlet RCC yang telah mencipta sejarah suatu ketika dahulu
Setelah berehat selama 10 minit kami memulakan kayuhan kembali balik ke rumah masing masing.
Sopie berada di dalam dilema. Memikirkan sama ada untuk meneruskan perjalanan ke Taman
Negeri ataupun pulang ke rumah.
Di akhir kayuhan ini aku dapati, semua RCC memberz telahpun improve. Teknik kayuhan yang betul, strategi permainan yang diselang seli dengan breakaway menambahkan seri kepada sesi kayuhan kali ini. Aku rasa dalam masa sebulan lagi, dengan latihan yang berterusan, RCC mampu membuat kayuhan secara pada jarak Half Century (80km ke atas). Diharap rakan-rakan semua mempersiapkan diri untuk membuat kayuhan ke Pekan yang dijangka pada awal Januari ini. Bye-bye...
Salam Kayuhan dari ku...
No comments:
Post a Comment