Wednesday 30 January 2013

Sepetang di Kedai Kolek Pantai Hiburan

              Dari kiri, Cikgu Ijat, TK, Sopi, Haidir dan Zul manakala Tn Wadi tengah ambil snap picture ni.

Beginilah aktiviti seharian RCC, selepas penat membuat kayuhan petang, kami akan lepak minum-minum pekena tea o limau suam. Biasanya hanya dua kedai sahaja yang menjadi destinasi kami selepas kayuhan, iaitu kedai di dalam gambar ini, Kedai Kolek di Pantai Hiburan dan juga Kedai Sri Shuria yang berada di barisan kedai makan di tengah-tengah Bandar Rompin. Ketika inilah kami bergurau senda, berkongsi pengalaman antara satu sama-lain. Ada yang bercerita pasal kerja seharian, jiran-jiran tertangga, politik tempatan mahupun sekadar sembang-sembang kosong. 

Kami di RCC bukanlah sebuah kumpulan yang semata-mata mengejar Kemenagan di dalam acara-acara basikal yang disertai. Kami sekadar ingin mencari peluh, meluangkan masa lapang, bersosial dengan cara yang sihat dan juga menambahkan lagi ramai kenalan. Alhamdulillah setakat ini, warga bandar Rompin telah menyedari kewujudan kami. Setiap hari, tepat jam 6 petang, maka berkumpullah rakan-rakan RCC di Pantai  Hiburan dengan basikal masing-masing. Ada yang datang dari Kuala Pontian, Sungai Puteri mahupun Bandar Rompin. Kemudian kami akan berlegar-legar dalam Bandar Rompin, biasanya kami akan membuat kayuhan sekurang-kurang 3 loop ( 1 loop = 5km) dengan purata kelajuan adalah 33 km/jam. Kelajuan kayuhan kami adalah bergantung kepada jumlah dan jenis basikal yang terlibat pada petang itu. Jika banyak MTB yang turun, maka kayuhan akan dibuat sekitar 27-28 km/jam secara purata. Manakala, jika petang itu dipenuhi dengan jentera-jentera Road Bike, kelajuan boleh mencecah 55km/jam. Tapi seperti yang dimaklumkan tadi, level kelajuan bukanlah pekara utama dalam RCC ini. Kami mencari keseronokan dan kepuasan untuk bersukan. Maklumlah kami semua ni ada yang umur masih muda sekitar 20-an (aku salah seoarang daripadanya) namun selebihnya adalah berumur 40 tahun ke atas and counting.. 5series pun ada bro...Masing-masing pun boleh dikatakan sentiasa memakai "porchbag" semula jadi. Memang "porchbag" tu payah nak cabut pun.. silap-silap xkan tercabut kot... hahahaha..

Kami di RCC juga ingin meminta kerjasama kepada semua pengguna-pengguna jalan raya di Bandar Rompin ini, jika ternampak segerombolan manusia sedang mengayuh basikal, agar memberi laluan kepada kami dahulu ataupun sekurang-kurangnya memandu dalam jarak yang selamat. Walaupun kami ni jenis kenderaan yang tidak mebayar cukai jalan, tapi sebagai rakyat malaysia yang bersopan santun, hormat-menghormati antara satu sama lain adalah sifat semulajadi bagi penduduk Malaysia.. Betulkan? Jadi apa salahnya bagi pengguna jalanraya yang lain agar bertimbang rasa ketika nampak kami di jalan raya. Antara pekara yang mengecilkan hati kami, kadang-kadang di jalan lurus bergarisan putus-putus, sebuah kereta dari hadapan kami cuba memotong kenderaan yang agak perlahan dihadapan mereka.. Agak-agakla sikit, kami kat depan ni atas jalan raya jugak, kalau encik yang berkenderaan tu cuba memotong jugak, nak suruh kami keluar dari jalan raya tu ke? Itulah kadang-kadang kerana terlampau geram untuk situasi sebegini, aku hanya mampu mengangkat tangan ku kepada pemandu-pemandu berkenaan sambil menunjukkan MIDLE FINGER ku. Itu jelah yang mampu aku buat ketika itu. Aku pun ada kereta jugak. Bahkan semua rider-rider ni pun ada kereta jugak... Takkan xboleh korang nak sabar dalam 5-10 saat untuk beri laluan kepada kami sebelum memotong tu. Huih tu pun nak ajor ke? Xkan nak suruh pengamal sukan berbasikal ni bawa batu letak dalam poket diaorang? Nampak jer pemandu-pemandu kurang didikan, semua rider2 tunjuk batu bata, batu kerikil, batu sungai xpun batu sendiri? Nak ke? Nak? Korang jawablah sendiri. Jikalau di negara-negara luar isu ini tidak timbul pun, pemandu-pemandu mereka telah terdidik. Lori 40 tayar pun boleh bagi lalu kepada insan yang berbasikal ni. Di negara kita tidak, nampak jer manusia tengah berbasikal jalan, mereka nampak kita ni macam kambing meragut rumput jer.. tapi pandai pulak kalau tengok kambing atau lembu tu perlahankan kenderaan. Konfius aku jadinya.

Dahla, sampai sini jerla luahan aku terhadap mereka-mereka yang kurang ajar ketika memandu, terutama di Bandar Rompin Ini.... Tolonglah berubah sikap demi kesejahteraan dan keharmonian bersama.

Bye-bye...



1 comment:

  1. Salam jumaat... Rompin ada group cycling ke... hehehe... tak pernah tahu pun.. tapi tak pernah terserempak pulak korang2 ni... ok.. nenanti kalau kiteorang terserempak kiteorang akan bagi laluan..

    ReplyDelete