Destinasi : Kuala Pontian - Pantai Bernas - Kuala Pontian
Tarikh : 6 Januari 2013
Jarak Kayuhan : 73 km
Waktu Bertolak : 4.45 petang
Waktu Sampai : 7.15 petang
Top Speed : 43.9 km/perhour
Average Speed : 28.0 km/perhour
Jumlah Hentian : 1 kali
Sebab Hentian : Makan-makan
Jenis Basikal : 3 Roadbike
Aik, apa kaitan tajuk Sata dan Otak-otak dengan rumusan kayuhan? Hrmmm... Sebenarnya aku, Sopi dan Naim telah membuat kayuhan ke Pantai Bernas. Untuk makluman, Pantai Bernas amat famous dengan sata dan otak-otaknya yang boleh diklasifikasikan sebagai marvelous. Ok diharap tajuk tersebut tepatlah untuk entry kali ini. Tapi malang untuk entry kali ini kerana tiada gambar yang dipaparkan... erm masing-masing kamera rosak. Nantilah ada rezeki kena sediakan kamera yang boleh masuk dalam poket baju jer..
Kayuhan ini sekadar mengisi masa lapang aku, sebab tidak balik ke Kuantan pada minggu ini. Si Sofi juga ingin mencari feel bersama GIANT barunya itu. Sememangnya kayuhan petang sebegini cabaranya adalah angin yang sangat kuat. Maklumla Kuala Rompin ni bandar pesisir pantai. Alhamdulillah keadaan jalan raya juga tidak terlalu sibuk dan jugak kehadiran Marshall Rasmi RCC (Pa'e) memberi keyakinan terhadap jaminan keselamatan kami. Kelajuan kayuhan kali ini cuba dikekalkan kepada 30 km sejam tapi tidak mampu kerana kekurangan Man Power. Erm... Tuan Wadi pi tengok anak dia, Abang Imran kerja, Zul Diablo tgh renovate umah, Mizi pi wat kerja kat Bangkong.. Haidir kayuhan solo katanye (jangan belajar jadi kera sumbang yek.. hehehe).. Tu lah sebabnya aku bertiga sahaja kali ini.
Sampai sahaja di Pantai Bernas aku terus menuju kedai yang sangat famous itu. Entah nama kedai ni aku tak tahu, yang aku tahu menu dier memang Perghh!!! Jadi aku cadangkan selepas ini, kayuhan ke Pantai Bernas hanya akan dimulakan selepas Asar, sebab makcik ni buka kedai waktu petang jer. Cendol pun ada tu... Ni niat nak kayuh ke nak makan ni ? Lantaklakan, janji dapat kepuasan..
Untuk kayuhan kali ini, sofi dan aku cuba buat sprint, ternyata kelajuan hanya sekadar 42-43km/ perhour sahaja. Samaada teknik ataupun lemau akibat makan sata dan otak-otak itu aku tidak pasti. Tapi insyaallah, kami dari RCC akan mengunjungi lagi kedai MAKCIK SATA... suka hati jer bagi nama kat orang.
Apa yang pasti dengan azam tahun baru ni, aku cuba memaksimumkan kayuhan bagi mencapai sasaran di hati...
P/S : Yang mana ada MTB sila convert kepada ROADIES.... tak dapat EMC.. BMC pun boleh... hehehe
No comments:
Post a Comment