Destinasi : Sg Puteri - Penyabung - Sg Puteri
Tarikh : 26 Januari 2013
Jarak Kayuhan : 90 ++ km
Waktu Bertolak : 8.30 pagi
Waktu Sampai : 1.30 petang
Top Speed : 49 km/perhour
Average Speed : 26.0 km/perhour
Jumlah Hentian : 3 kali
Sebab Hentian : Makan-makan
Jenis Basikal : 2 Roadbike
Marshal : Ada... Pa'e
2 orang rakan sekampung dari Sungai Puteri telah memulakan kayuhan santai seawal jam 8.30 pagi. Mereka diiringi oleh Pa'e adik kepada Sopi. Pa'e telah dilantik secara rasmi sebagai marshal RCC. Diminta kepada semua kenderaan kenderaan yang menggunakan jalan nenasi sehingga ke mersing sila ambil langkah berjaga-jaga jika ternampak motor Honda ex5 JKA 6585, kerana berkemungkinan sekumplulan manusia sedang mengayuh basikal di hadapanya.
Pada asalnya mereka berdua hanya ingin mencuba "feel" rim Fulcrum Quatro. Destinasi asal hanyalah Tanjung Gemok. Namun keberkesanan menukar rim standard giant kepada Rim Fulcrum Quatro telah memberi impak yang amat baik kepada sopi. Dengan bunyi yang keluar dari Rim tersebut telah membakar semangat beliau untuk terus "lajak" kan kayuhan ke Pantai Penyabung (30 km). Manakala Tuan Wadi pula telah menempah sejarah dengan pertama kalinya membuat kayuhan jarak jauh bersama basikal GIANT mix Tiagra.
Difahamkan angin merupakan halangan yang cukup besar untuk kayuhan mereka kali ini. Ditambah pula pendakian bukit tinggi di jalan Pantai Penyabung.
Tahniah untuk mereka berdua kerana telah berjaya menyahut cabaran untuk mendapatkan KM lebih. Mengambil kata-kata yang pernah diungkapkan oleh Penasihat RCC Seumur Hidup (Abg Lan), practice make perfect. Semakin banyak kayuhan berSKALA jarak jauh, maka semakin berpengalaman la kita dalam sukan berbasikal ini (Endurance). Mungkin selepas ini kita boleh "set"kan setiap seminggu kita akan buat sekali kayuhan yang jaraknya melebihi 100 km. Insyaallah.
Salam kayuhan untuk semua..
Tuan Wadi dan Sopi... Perhatikan RIM FULCRUM
No comments:
Post a Comment