Gambar dari Galaxy Note 2 tuan punya BMC
Destinasi : Kuala Rompin - Tg Gemuk - Kuala Rompin
Tarikh : 5 Januari 2013
Jarak Kayuhan : 57 km
Waktu Bertolak : 8.30 pagi
Waktu Sampai : 10.30 pagi
Top Speed : 37.5 km/perhour
Average Speed : 28.0 km/perhour
Jumlah Hentian : 1 kali
Sebab Hentian : Makan Roti canai di kedai Abg Din Pontian
Jenis Basikal : 5 Roadbike
Ini merupakan kayuhan pertama yang rasmi bagi RCC untuk tahun 2013. Kayuhan kali ini disertai oleh 5 orang pengayuh tegar di Kuala Rompin ni iaitu TK (aku ler tu), Bro Imran Maybank, Tn Wadi, Sofi Giant dan Azri Otai. Kayuhan bermula jam 8.30 pagi dari Bandar Kuala Rompin menuju ke Tanjung Gemuk. Kelajuan kayuhan pada peringkat awal adalah sekitar 30-32 km sejam. Tahniah kepada semua, kerana berdasarkan meter aku, memang meter speed tidak pernah kurang dari 30 km bagi 28 km pertama. Syabas kepada kalian kerana ini merupakan satu peningkatan daripada tahun lepas.
Sewaktu tiba di dataran jam Tanjung Gemok, cuaca seakan mecemburui kayuah sulung RCC 2013. Awan gelap mula memenuhi ruang udara. Hujan mula membasahi bumi Tanjung Gemok. Namun begitu kayuhan tetap diteruskan. Oleh kerana angin yang terlalu kuat, purata kelajuan bagi baki 28 km terakhir hanyalah 27 km.. aku hanya mampu bertahan 4-5 km untuk lead dihadapan, terima kasih kepada Tuan Wadi and Bro Imran kerana bergilir-gilir lead sampai habis... Sebelum sampai ke Kuala Rompin, kami singgah di Kedai Abg Din Kuala Pontian untuk pekena roti canai. Sedang asyik menjamu selera kami ternampak 3 orang anak muda dari dari team TGCC membuat kayuhan menuju ke Kuala Rompin. Aku rasa diorang tu terus henjut ke Pantai Bernas agaknya. Bila la pulak dapat join TGCC balik ni... huh..
Kayuhan sulung kali ni, aku berasa sedikit musykil... kenapa Sofi Pakar Pecut tidak seperti biasa kayuhannya? Hmmm... Basikal sudah baru.. GIANT TCR COMPOSITE tu.. Di powerkan dengan ULTEGRA plak tu.. mungkin masih tidak serasi? Ataupun ketiadaan pedal clip membuatkan beliau agak hambar dalam kayuhan ini. Tidak mengapa kita bagi Sofi peluang untuk 'bersatu' dengan GIANT TCR COMPOSITE nya dulu. Hehehehe.. Abang Imran, macam biasala, kudratnya memang hebat. Aku akan cuba kuatkan stamina dan fitness aku untuk bersaing dengan Bro Imran ni.
Last word dari aku.. Salam Tahun Baru dan semoga RCC terus bergiat aktif untuk tahun ini dan tahun tahun seterusnya.
p/s : sorry lupa nak creditkan marshall kita, Pa'e adik kepada Sofi, yang juga photographer rasmi untuk RCC.
No comments:
Post a Comment