Tuesday, 3 September 2013
Merdeka Nite Ride
Sejak RCC ditemui, aku rasa inilah kali pertama kami menyertai event sebegini di luar dari daerah Rompin. Walaupun jarak kayuhan yang diuar-uarkan pada mulanya adalah sekitar 20km, RCC sangat bersemangat untuk menyambut malam merdeka dengan cara begini. Pada asalnya hanya Haidir seorang sahaja menolak kayuhan Merdeka Nite Ride, itupun sebab memang tiap-tiap tahun dia terlibat untuk acara perbarisan sambutan kemerdekaan di daerah Rompin.
Aku terpaksa ke Kuantan lebih awal kerana ada urusan kerja pada 30 Ogos tu. Kiranya aku tunggu RCCrian di Public Library Pahang la malam-malam tu. Rupa-rupanya pada malam tu ramai rakan-rakan RCC terpaksa mebatalkan hasrat mereka last minit disebabkan perlu bertugas di Rompin untuk Sambutan Kemerdekaan peringkat Daerah. Hanya Mizi dan anaknya yang berjaya sampai dekat RV yang aku tetapkan. Tapi sebenarnya malam tu aku dah set dengan officer aku kat Kuantan untuk gerak sama-sama dari Public Library.
Kami begerak dari Public Library lebih kurang pukul 9 malam. Aku memang respect la Mizi and son pada malam tu, bahkan untuk RCCrian beliaulah yang berusaha untuk membawa mereka ke Kuantan ni. Actually pada malam tu, apa yang aku tertarik dengan semangat Mizi and Son ini adalah pada persiapan beliau untuk kayuhan ni. Beliau dengan selamba badaknyer mengOFFERkan kepada ku air bancuhan Horleys for Hydration tu!!!! Pergh!!!!!! Aku tanya pada anak beliau, dan dier cakap takut CRAMP!!!! Pergh xleh terima aku jawapan tu...
Untuk Merdeka Nite Ride ni kami perlu bekumpul di dpn UTC, ada pendaftaran dan setiap orang dapat T-SHIRT dan JALUR GEMILANG. Masa di UTC ni lah aku bertemu dengan seorang kenalan lama, aku ingat last aku jumpa dier, masa Meeting PUSTAKAWAN dekat UIA tahun 2010. Makin memboyot dah gayanya Abang Sam ni.. hahahah jangan marah. Abang Sam turun malam tu bersama seorang rakanya Hasrul Nizam yang dalam latihan untuk mengelilingi Malaysia dengan Touring Bike yang baru dibelinya.Hehehe... moga-moga cita-cita tuan hamba tercapai... Pada malam tu Abang Lan pun ada dengan rakan-rakan Fortbearing nya. Baru aku tahu maksud Fortbearing ni rupanya Menguji Kesabaran, patutla abang lan ni cool jer orangnyer.
Kami diberi taklimat oleh Organizer sebelum dilepaskan. Pada malam tu, Haji Edroos Yahya iaitu Pengarah MOTAC melepaskan peserta, bahkan beliau sendiri turut kayuh bersama-sama. Kalau korang nak tau Tuan Haji Edroos ni memang aktif jugaklah berkayuh ni. Tepat Jam 10.15 kami dilepaskan, namun begitu hujan mulai turun. Tak samapi 200 meter pun dr garis permulaan aku terpaksa berhenti sebab nak selamtkan phone aku. Kemudian Abang Sam, Hasrul Nizam dan aku decide untuk lepak kat stadium jerla sampai ujan reda, rupanya ramai yang lepak kat situ, tapi group utama tetap meneruskan kayuhan, Abang Lan duduk dalam group ni la.
Apabila hujan kembali reda, ada 2 buah motor peronda polis menjemput kami di stadium untuk teruskan kayuhan tu, memang bestla abang polis tu, kitaorang budget nak patah balik ke UTC jer, tapi dengan kerjasama abam polis tu, membuatkan group yang tertinggal ni meneruskan kayuhan ni. Di sepanjang kayuhan ni kami mengibarkan Jalur Gemilang kepada pengguna-pengguna jalanraya yang lain.
Rupa-rupanya group hadapan ni menunggu group kedua di jambatan Tanjung Lumpur untuk menamatkan kayuhan secara serentak. Walaupun hujan lebat, kilat sambar menyambar, kayuhan ni tetap best. Sampai di UTC kami disajikan dengan Nasi Lemak, Nasi Goreng, Mee Hoon Goreng, Kepok Keping dan Tea O.. Dalam keadaaan sejuk camtu memang bestla menikmati semua makanan tu. Walaupun kayuhan tu sekitar 12 km jer, tapi cuaca yang sejuk tu berjaya membuatkan perut aku berkerocong.
Ada juga acara cabutan bertuah, tapi cam biasa la, aku ni tak pernah bertuah pun. Tepat jam 12 mlm kitaorg countdown sama-sama dan menyanyikan lagu negaraku dan jalur gemilang. Best juggaklah, hope tahun depan MOTAC buat lagi kayuhan macam ni, kalau boleh biar jauh sikit, masuk telok cempedak ke, pastu lalu jalan-jalan kat ECM ataupun semua jalan-jalan utama dalam bandar Kuantan tu... Dapat dalam 40-50km, bertambah best la kayuhan ni. By the way thanks MOTAC and Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 56. Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Bro Mizi
Inilah air bancuhan Horleys yang aku cakap tu....
Abang Sam and Nasrul Hizam
Masa ni nyanyi lagu Jalur Gemilang kalau xsilap, kelihatan Abg Sam dan Tuan Haji Edroos Yahya
Dari kiri Encik Nizam, Encik Mat Nor and kawan diorg. (Team Library)
Bui-bui
Tk Azhar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment